Posts

Showing posts from November, 2018

UBiteam: Projek Cuti Sekolah

Projek Cuti sekolah ini bukan dirancang dengan paksaan. Tapi secara demokrasi terpimpin - bak dalam filem P Ramlee. Bukan, sebenarnya secara usulan idea sahaja pada mulanya. Dua orang remaja ni sudah pun mengikuti kursus cuti sekolah tahun lepas dengan Artman, RPWP. Dengan ilmu menggunakan kamera dan video serta asas suntingan, rasanya tidak salah kalau berikan mereka galakan untuk menggunakan kemahiran yang sudah diperolehi dengan projek sendiri.  Saya datang satu hari ke rumah mereka kemudian menunjukkan kamera yang saya ada. Asytar dan Al Qaim sudah pun mempunyai kamera seakan GoPro dan telefon pintar. Cabaran ialah menghasilkan video, tujukan apa yang mereka ada. Kata saya ilmu yang ada, tapi jika tidak digunakan dan ulang buat, lama-lama akan hilang. Ini hasilnya, https://www.youtube.com/channel/UCllf4U1Qjd4G-CLdHxFB0gA Channel YouTube UBiteam.  Untuk saya sangat bagus untuk permulaan. Sekurang-kurangnya, kata Wan mereka, sudah mula bangun pagi dan masa me