Posts

Showing posts from May, 2015

Cat Stevens: Mengapa Saya Masih Memetik Gitar

Image
Dalam dunia gelap-gelita ini Sang zalim memerintah di kala malam Namun, di satu sudut dalam bayangan Ada yang mencari cahaya! (ms 107) Celah-celah hangat politik tanahair, saya mengulang baca buku Cat Stevens setelah berjam-jam mendengar lagu-lagunya di YouTube. Terkesan dengan penghijrahannya berkali-kali sebelum dan selepas memeluk Islam. Kehidupannya berkembang dan mengalir, like the flowing river (kata Poalo Coelho). Kali ini saya membuka juga buku Advencer Si Peniup Ney (Faisal Tehrani) untuk memahami letak duduk hukum muzik dalam kebudayaan Islam. (siapa kata novel tiada nilai ilmu? Sudah tentu perlu memilih dan menyaring). Dilema Yusuf barangkali sama dengan ramai orang yang terkesan dengan pandangan bahawa muzik itu haram, menyebabkan Yusuf meninggalkan gitar dan segala berkait dengan muzik di awal Islam pada tahun 1977. Saya juga terkesan, sehingga tidak berani berlatih recoder di rumah. Arwah Ayah saya juga mungkin terkesan, kerana itu dia tidak lagi men