…dan musim semi juga meninggal pergi
Hati yang tersayat tidak mampu menghalang. Air mata berjuntaian jatuh tidak putus dan sedu sedan juga tidak berbekas. Dia melangkah bersahaja, meski masih ramai memaut-maut keras dan berpekik keharuan, “Jangan pergi, jangan pergi”. Bukan seperti musim semi yang lain, ini yang paling istimewa. Sepanjang masa ia menghangatkan, memberi nyaman, rasa selesa dan lapang dada. Beburung berlagu merdu irama yang tidak dapat disimfoni. Dan tidak menghidu melainkan wangian rindu dan keinsafan. Segera sahaja bisa terbuai keasyikan maha dalam, hingga memberi satu petalian tanpa nama, tidak punya definisi. Asyik! Sungguh. Ia musim yang mengjungkir balik kenangan yang tinggal. Di waktu cuaca membeku. Sejuk melampau. Pada waktu daun-daun gugur kering, kesat dan tidak bernyawa berputar jelas dihadapan mata. Maka sinar yang menyinggah terasa sangat bererti, sangat dinanti, tepat masanya. Maka harapan memetik bunga-bunga segar, mekar, paling indah harus bergantung pada semi ini. Ya! Semi yang ini. “Mungki...