Bulan Ramadhan bulan Cinta

Cinta Allah pada hamba:
Dikurniakan Al-Qadar pada salah satu di malam-malam Ramadhan
Lebih baik dari 1000 bulan

Cinta Nabi pada umat:
Rasul sebagai penyampai khabar gembira (glad tidings) dan pemberi amaran.
Menerima wahyu pertama, menyingkap makna ciptaan.

Cinta umat pada Nabi?
Moga secebis ingatan, di bulan Ramadhan bekal subur jiwa

Pantun Cinta Muhammad

Bakul di isi limau purut
Dalam balang ikan gelama
Jalan tuan hamba kan turut
Bersama berjuang daulat agama

Kasih tuan kasih hamba
Kasih kita perlu dibela
Berkalang tanah tidak mengapa
Biar langit menyaksi segala

Menatang dulang paku berkarat,
Bawa tempayan selalu melulu,
Kasih hamba tidak bersyarat,
Moga redha di sisi selalu.

(It's been a very long time, before I managed to write 'pantun' again, except for some occasion when my MC friend need my help to make a few line).
p/s: kengkawan, sila baca ikut intonasi pantun yea, baru ada feel.

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah