Posts

Showing posts from October, 2007

Dunia angka, dunia aksara, dunia retorika

Image
Hamba datang bukan dari dunia jauh, hamba bersaudara dengan tuan hamba jua. Dunia hamba dunia angka. Dan angka bentuknya selalu bersegi-segi, tidak bulat, jarang mempunyai lengkuk berseni, tapi punyai makna khusus, jika empunya diri seperti hamba dan sahabat-sahabat hamba yang lain mahu memahami jalur makna itu. Malangnya hamba tidak diajari dari ilmu angka berpaksi rahsia transendental. Hamba tidak diajari bahawa satu yang tiada duanya ialah Allah, dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang, tiga yang tiada empatnya adalah khilaf Nabi Musa ketika menuntut hikmah dari Nabi Khidir, empat yang tiada limanya adalah ilmu wahyu Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran, lima yang tiada enamnya fardhu sembahyang mengadap Haram, enam tiada tujuhnya ketetapan enam masa penciptaan, tujuh yang tiada delapannya langit yang menongkat tujuh lapis dan seterusnya. Hamba diajari bahawa angka adalah serakah manusiawi zaman berzaman. Hamba diajari ilmu agar kemudiannya hamba dapat memanipulasi untuk meminimak...

Hari Sastera

Image
Sastera Kebangsaan Membina Negara Bangsa Ini adalah simposium pertama yang dihadiri, pengalaman pertama, mengenali elit sastera yang sangat menakjubkan dari segi keupayaan bahasa, memikir secara horizontal dan vertikal, mengenali falsafah, mengenali budaya lain, pengalaman dan rintihan, dan pelbagai lagi. Mengejutkan, ada juga kajian sastera yang boleh dibuat secara kuantitatif, berbanding yang lazim kajian secara kualitatif. Lain-lain: kawan-kawan yang sememangnya best dan happening. boleh grab gambar2 anda di sini: http://profiles.friendster.com/user.php soalan kuiz: sapa yang jadi peserta gospen terbaik 2007? :)
M. Nasir Anak Anak Kita Anak-anak kitakah yang berlari telanjang Di bawah mentari sumbing Sambil bernyanyi lagu Ketakutan hari-hari ini Anak-anak kitakah yang memikul beban Kesilapan kita Hingga dia tak kenal Budaya canggung bangsa sendiri Selamatkan anak kita Dari padang jerangkap samar Selamatkan anak kita Orde baru politikus usang Anak-anak kitakah yang bermain Di hutan belukar Dengan senapang kayu ubi Cambah tak kenal bahaya Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang Bila petang kerana terlalu sibuk main lastik Dan berpistolan Pistol-pistolan Jaga-jaga anak kita Jangan sampai jadi hamba Jaga-jaga anak kita Kita ini orang merdeka Panggillah mereka pulang Ayah nak ajar Tentang kurang ajar Jadi mereka takkan sendiri lagi Panggillah mereka pulang Ayah nak ajar Tentang kurang ajar Jadi mereka takkan dimomok lagi Fikir Selamatkah kita di tangan tukang karut itu Fikir Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu Fikir Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu Fikir Selamatkah kita di tang...

International Al-Quds Day

Oct 5, 2007 In 1981, the late Ayatollah Imam Ruhollah Khomeini declared the last Friday of the Islamic fasting month of Ramzan as 'Al-Quds Day,' a day of protest to show the importance of Bait-ul-Maqdas to Muslims and to defend the cause Palestinian Muslims. Al-Quds Day celebrated jointly by Shiite and Sunni Muslims through out the World. The protestors chanted slogans against America and its Front-Line States and rejected the occupier state of Israel.