Posts

Showing posts from September, 2008

Selamat EidulFitri semua

Image
Susah juga nak raya kena beratur dulu Pakcik-pakcik yang bersabar membeli santan (santan dah naik harga!) Pergi ke market bersama bro dengan van ayah Berhempas pulas mengendali stering Nissan C20 Selamat Hari Raya, Maaf Lahir Batin. Nak datang umah khabo sementara masih berada di KL :) Jari melecur kerana dodol Dodol dimasak beramai-ramai Apalah dihitung salah betul Bermaafan kita mari berdamai

Duit raya saya ke mana?

Image
Saya perlu berurusan dengan bank, sebaik habis saya melalui jalan yang lain. Ia langkah yang silap, kerana jalan itu membawa saya ke tempat yang menyebabkan saya kehilangan duit raya. Jalan itu memang sunyi, tidak ramai orang. Ia bukan tempat tumpuan, juga ada kelibat orang yang mencurigakan. Tapi saya memilih juga jalan itu, kerana lebih dekat dengan kenderaan yang telah saya letakkan...dah agak dah, duit saya melayang punya. Hossein Nasr Malik Bennabi M Fethullah Gullen Toshihiko Izutsu p/s: duit saya lesap di kedai buku sebenarnya :)

Langit 21 Ramadhan

Langit 21 Ramadhan yang lalu, redup memayungi. Seluruh buana melantun sayu, berkabung, menyanyi hanya satu lagu, kesedihan. Langit 21 Ramadhan yang lalu, aku sedang alpa, meladeni tuntutan kemanusian. Bertamu dalam diaspora insani, berhimpun dalam keramaian. Hari satu jasad yang terpenjara meraikan kemenangan dalam dunia yang tidak menyantuninya baik, sedang dia berbuat seluruhnya untuk kesejahteraan dunia. Dan dia menjerit gembira, "Faztu wa rabal Ka'abah" (aku telah menang, Wahai Tuhan Ka'abah) dan kami kehilangan. Sesungguhnya berlian yang berkilau sehingga menerangi timur dan barat, telah malap cahaya kerana kehilangannya. Tuhan. Langit 21 Ramadhan yang lalu, kelam berkabung. Aku, tenggelam dalam dunia sendiri. ...maafkanlah!

Patriotik

Dia hanyalah seorang ahli akademik. Yang namanya tersohor seantero dunia atas kebolehannya membuat penyelidikan. Namanya tersenarai dalam 30 orang terhebat dalam penyelidikan dunia. Geran yang diperolehi bukan calang-calang. Nilainya juta-juta dan syarikat swasta yang menaja adalah syarikat multi nasional dan syarikat-syarikat antarabangsa. Meski bidang kepakarannya fokus kepada satu cabang, tetapi relevannya supra disiplin. Dia bukan graduan tempatan. Meski pendidikan awalnya tetap pendidikan nasional. Jika mengikut umur, memang dia belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Ijazah pertamanya di United Kingom. Ijazah keduanya juga di United Kingdom. Ijazah tertinggi sahaja disempurnakan di universiti tempatan. Meski, dia tetap tahu bahawa dia seorang Melayu. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Meski bertahun-tahun di rantau, tidak sepincing suara dilenggokkan mengikut budaya Barat. Dia berkhidmat di universiti tempatan. Bila ditanya, kenapa tidak pergi ke universiti y...
Image
Saya melihat Khalid Hosseini meregangkan tali, perlahan-lahan menjulang layang-layang ke awan. Saya memerhati Ernest Hemmingway menolak perahu usang ke gigi air lautan dan mula mengayuh ke tengah dengan santun. Saya nampak Pramoedya meletakkan biola di bahu, kepala disengetkan dan tangan kanan mula untuk menggesek melagukan Ave Maria. Saya gembira memandang Amin Maalouf memunggah barangan ke kenderaan untuk memulakan perjalanan Mencari Tuhan Ke Seratus. Saya memandang ke hadapan dan melihat Ayah, yang sedang tersenyum. Mula!

Membantu orang lain mendapat pahala

Image
Ya cerita bulan Ramadhan. Apa yang anda lakukan, selepas solat Tarawikh, kemudian dihidangkan dengan moreh atas sedekah orang lain. A. duduk bersama-sama memeriahkan ruangan makan masjid dan memakan moreh dengan gembira. B. memandang moreh sambil berlalu dan berkata dalam hati "Hek eleh, bubur kacang je?' Jika anda menjawab A, anda telah membantu orang lain berbuat baik dan mendapat pahala. Jika anda jawab B (sambil geleng kepala) tidak tahu hendak kata apa. Ada orang mencela tabiat orang lain yang suka mencari masjid untuk berbuka puasa. Kata mereka, tak malu ke cari makan yang free aje. Kata saya, tujuan mereka baik, agar orang yang berniat untuk bersedekah sampai tujuannya, supaya makanan berkat dan dihabiskan, supaya tidak ada pembaziran berlaku. Apa rasanya, jika membuat kenduri, tumbang seekor kambing, buat kari, buat roti jala, masak rendang lagi, masak sampai 200 orang boleh makan, alih-alih yang datang tidak sampai 20. Padahal jemputan sudah diedar lebih seminggu atau...

rindu

Ramadhan ini datang dan menjemput rindu ada wajah yang ku lihat sekali, kemudian kekal dalam ingatan agam dan sering datang menghimpit ruang ada wajah yang ku lihat sekali, kemudian mengajari, menjadikanku manusia cerdik yang selalu ingin tepati janji wajah ini, kadangkala ku rasa kiriman dari langit, membantuku mengenal dunia dan paling penting bagaimana harus menjadi manusia wajah ini yang selalu menjemput rindu, berharap agar sentiasa dapat mendampingi, moga-moga haruman akan melekat pada pakaian dan mengajar menjadi manusia redha hairan, datang mereka ini dari mana? jika malaikat, tidak ku lihat sayap tapi rasa dinaungi redup, nyaman dan tenang mengapa ya? mereka singgah dalam sela waktu yang cemburu menjadikan aku bertambah hairan hadir kekal dalam kalbu dan di malam gelap yang sunyi bibir melantun doa menyanyi mendodoikan mereka... 15 Ogos 2008