Posts

Showing posts from October, 2010

Rizqin

hari-hari ditemani bau Rizqin seolah hadiah yang diserah dari tempat tertinggi bagai melihat syurga meski masih berada dalam dunia setiap kali melihat dan bila dia mendepangkan tangan minta untuk diamankan dalam dakap seorang perindu (seperti aku) ada damai, ada sepi, ada syukur, ada keindahan betapa penciptaan meski kecil ia dapat memberi nyala sebuah harapan itu dunia yang menghantar nikmat akhirat untukku.

Hati-hati di jalan raya

Semasa entri ini ditulis, saya masih lagi merasakan debarannya. Moga Allah melindungi perjalanan orang (berkenderaan atau tidak) selagi ia menetapkan langkah kakinya untuk kebaikkan. Jika slogan hati-hati di jalan raya adalah merujuk kepada sikap pemandu untuk tidak memandu laju, saya hari ini telah menjadi sebaliknya. Bukan mahu laju tetapi terpaksa laju. Ketika berada di lebuhraya pantai timur, beberapa puluh kilometer lagi untuk melewati simpang ke Temerloh, saya melihat sebuah kereta sedang dipandu sangat santai. Waktu itu keadaan jalan lengang dan berkabus berat. Jarak penglihatan hanya beberapa meter. Untuk langkah keselamatan saya memasang lampu rendah. Pemandu kenderaan tersebut, seingat saya Tiara warna biru membuka cermin dan mengeluarkan tangan (hitam dan berbulu) sambil mengetuk-ngetuk pintu. Mungkin sedang menikmati irama lagu. Oleh kerana saya perlu sampai ke pejabat sebelum jam 9, saya memotong kenderaan tersebut. Tidak mengesyaki apa-apa saya memandu dengan kelajuan 100

10 minit dan 2 jam

Bila pulang ke kampung halaman (i.e: Kuala Lumpur), saya lebih suka bergerak menaiki kenderaan awam. Biar apa pun komen orang terhadap perkhidmatan ini, saya tetap memberi markah penuh pada jaringan sistem pengangkutan di KL. Hari minggu yang lalu saya bergerak ke Ipoh dengan menaiki ETS (Electric Train System). Satu perkhidmatan baru yang memberi jaminan sampai ke Ipoh kurang dari 2 jam untuk laluan ekspres dan tambahan 20 minit lagi untuk laluan transit. Begini kronologi perjalanan saya: Pergi: Dari rumah ke stesen LRT Jelatek dengan menaiki bas. Mengambil masa kurang dari 10 minit dengan tambang RM1 sahaja. Naik LRT dari Jelatek ke KL Sentral – RM2.10. KL Sentral ke Ipoh : Naik keretapi biasa (kes salah beli tiket) RM22.00 Balik: Tiket ETS jam 6.30 dengan harga RM30 (harga promosi). Dari KL Sentral ke stesen Setiawangsa. Dari Setiawangsa menaiki teksi (kurang dari 10 minit) dengan harga perkhidmatan RM4.00. Saya ke Ipoh kerana menghantar komputer riba (yang sakit semula) ke doktor k

Pod: Manusia dalam Selimut

Image
Sewaktu tergila-gilakan gajet, iPod digolongkan sebagai salah satu item wajib beli. Oleh kerana hidup sebagai orang biasa sentiasa berada dalam kekurangan, iPod jatuh ke kategori barang mewah. Sehinggalah mendapat kesedaran bahawa 'excitement' hanya berlaku ketika barang itu belum diperolehi. Tetapi apabila sudah dapat, ia menjadi barang biasa. Serinya sudah hilang. Mujur kesedaran itu cepat datang, lebih cepat daripada tangan yang gatal untuk mengeluarkan wang hanya semata untuk mendengar ribuan lagu dalam stor simpanan maya. Tetapi tidak begitu sukar untuk memilikinya sekarang. Harga iPod juga sudah jatuh ke tahap mampu milik. Jika tidak mampu mendapatkan iPod jenama Apple yang super mahal, banyak lagi alat yang sama fungsi dijual dengan harga murah. Juga applikasi pod ada dibina dalam telefon bimbit. Untuk generasi sekarang, alat ini wajib ada untuk dibuat peneman. Ketika tidur, ketika 'melabur', membaca, membuat kerja rumah, memasak, melayari internet, jogging, keti