Posts

Showing posts from September, 2011

Hanya di Jengka

Kawan saya yang ahli hikmah itu mencabar pelajar untuk membuat satu public speaking dengan syarat yang ketat; bukan topik klise dan mesti menarik audien. Dia memberi contoh, Jengka. Haha, apa ada di Jengka untuk diceritakan melainkan saujana kelapa sawit dan pokok getah yang tersusun? Jalan raya yang menjadi laluan utama penjanaan ekonomi agrikultur yang sentiasa berlopak-lopak dan beralun-alun macam naik roller coaster (padahal membawa komoditi utama negara)? Kata beliau, pernahkah terfikir, jika tiada Jengka kita mungkin tidak dapat menikmati makanan? Bagaimana anda memasak kalau tidak dari minyak kelapa sawit? Dan tayar Mercedes boleh jadi datangnya dari susu pokok dari ladang getah Jengka. Siapa tahu? Begitulah dia mencabar. Kata saya, itu cabaran kreativiti. Saya sendiri jika diberi tugasan seperti itu perlu renungan cukup lama. Tapi jika tidak dipecahkan ruyung, mana akan dapat sagunya? Lama saya berfikir kemudian baharu dapat bersetuju dengan rakan ahli hikmah. Ya, Jengka luar...

Falsafah CINTA Asal

Ada orang bertanya, jadi pautannya di sini. Falsafah CINTA Asal. Sila-silakan untuk menjamah juadah akhir Eidulfitri. Menunggu waktu dipanggil Cinta, semoga dipanggil dan kemudian kami akan menjawab dengan jiwa yang penuh, "Kami datang, kami datang."

Musim Peperiksaan: Cerita Safwan (encore)

Saya melihat Safwan yang duduk betul-betul di hadapan meja pensyarah. Setiap kali waktu ujian dan peperiksaan, di situlah Safwan duduk. Saya meski datang awal bersama Safwan, akan mencari tempat duduk yang tersorok dari pandangan pengawas peperiksaan. Semua kawan-kawan lain pun begitu. Datang awal untuk mendapat tempat strategik, supaya di masa-masa terdesak dapat juga mengeluarkan senjata untuk menyelamat tengkuk. Senjata haram yang istilah dikenali sebagai toyol. Safwan tidak begitu. Tempatnya paling hadapan terdedah kepada pemerhatian pengawas peperiksaan. Satu hari dalam senggang masa santai saya bertanya kenapa Safwan selalu duduk di hadapan sedang dia selalu datang awal. Safwan lebih berhak untuk menduduki tempat strategik berbanding orang lain. “Saja.” Itu jawab Safwan, saya tahu dia tidak berjujur. “Kawan apa kau ni banyak sangat rahsia!” Saya bertanya dengan suara ditinggikan. Safwan tersengih untuk menutup rasa bersalah, “Aku takut, aku takut tergoda.” Saya faham maksud Safwa...