Ke Pusara Ayahanda



Hari ini Anakanda datang
Mengucap salam

Andai lebih matang
Mana mungkin melukaimu
Jika detik bisa diputar semula
Kan ku sujud di kaki
Guna untuk menebus dosa

Anakanda mohon pergi
Pulang ke kampung halaman
Memijak langkah dan jalan yang sama
Dari tapak kaki Ayahanda

Lama dulu Ayahanda panggil
Moga redha dan keampunan
Yang membawa dan menghantar
Sebagai membukti
Bahawa kitalah
sang penunai janji

Meski seribu tahun
Dengan amanah kesetiaan
Yang didendang di luh
Saya akan datang Ayahanda
Saya datang!

Restui perjalanan
Berilah ampunanmu
Andai anakanda tidak pulang
Ketahuilah
Di mana-mana
Ayahanda tetap ada
Dalam darah, diri, dada, minda
Dalam sukma
Dalam setiap waktu
Ketika mereka menyebut namaku

Ayahanda
Anakanda dipanggil
Kita akan berpergian
Bersama-sama...

Comments

Cikli said…
saya memahami juga kasih rindu seorang anak. alFatihah
Cik Da said…
Kak As kat mana sekarang? lama tak update...

Popular posts from this blog

Mimpi

Yang dimain-mainkan: Ubat Gigi

Pernah dengar Pulut Himpit?