Posts

Showing posts from July, 2014

Menjadi Khalifah

Siapa yang patut menjadi Khalifah? Seawal membuka Quran dalam surah kedua, setiap manusia telah diperingatkan tentang tanggungjawab yang satu ini walau tidak selalu diulang sebut dalam mana-mana ceramah agama mahupun motivasi. Mungkin selalu sebut tetapi penghayatannya tidak begitu mengujakan. Sejak dari Nabi Adam, itulah tugas yang telah dipakaikan kepada manusia. Sejak Nabi Adam berada dalam 'syurga', perintah ini sudah ada. Tidak timbul Nabi Adam didenda (hukum) diturunkan ke dunia kerana telah makan buah khuldi.  Semakin membaca, semakin menarik pula perbincangan mengenai khalifah. Bermula dari pembacaan dari buku-buku Prof Muhammad Al Mahdi Jenkins, Dr Jeffery Lang, buku sejarah silam, perkataan ini sangat sentral untuk menceritakan tugas dan peranan manusia. Tetapi sayang, manusia jarang diperingatkan apatah lagi ditunjuk bagaimana mahu menjadi seorang khalifah. Perkataan khalifah ini berputar di banyak tempat. Dalam perbincangan teologi, ketika membicara...

17 Ramadan 1435 Hijrah

Esok hari Nuzul Quran. Malaysia cuti. Saya menulis dengan hati yang berat. Saya tidak lebih baik dari mana-mana orang. Barangkali lalat yang diciptakan Allah lebih mulia. Tapi saya menulis juga. Hari ini masuk hari ke berapa Gaza terus bermandi darah. Di sebalik kemeriahan Piala Dunia (yang saya tidak ikuti), Ramadan, Zionis Israel terus cabul mencabul. Barangkali saya tidak punya hak menulis tentang Palestin. Saya bukan pejuang, bukan aktivis, bukan pembela hak asasi manusia, malah George Galloway lebih pemberani. Suaranya menggegar di mana-mana. Tentang kemanusiaan. Tentang pengkhianatan bangsa Arab ke atas tetangga mereka di Palestin. Tentang Negara-Negara yang membekalkan senjata dan latihan kepada Palestin, adalah Negara yang dilabelkan paksi jahat, Syria dan Iran. Sedang kami saudara muslim yang lain berdiam, rasa mencukupi membekalkan Palestin dengan doa dan boikot barangan, itu pun hanya satu dua sahaja yang mampu diboikot. Yang lain masih lagi berfikir-fikir mampu...