17 Ramadan 1435 Hijrah

Esok hari Nuzul Quran. Malaysia cuti. Saya menulis dengan hati yang berat. Saya tidak lebih baik dari mana-mana orang. Barangkali lalat yang diciptakan Allah lebih mulia.

Tapi saya menulis juga.

Hari ini masuk hari ke berapa Gaza terus bermandi darah. Di sebalik kemeriahan Piala Dunia (yang saya tidak ikuti), Ramadan, Zionis Israel terus cabul mencabul.

Barangkali saya tidak punya hak menulis tentang Palestin. Saya bukan pejuang, bukan aktivis, bukan pembela hak asasi manusia, malah George Galloway lebih pemberani. Suaranya menggegar di mana-mana. Tentang kemanusiaan. Tentang pengkhianatan bangsa Arab ke atas tetangga mereka di Palestin. Tentang Negara-Negara yang membekalkan senjata dan latihan kepada Palestin, adalah Negara yang dilabelkan paksi jahat, Syria dan Iran. Sedang kami saudara muslim yang lain berdiam, rasa mencukupi membekalkan Palestin dengan doa dan boikot barangan, itu pun hanya satu dua sahaja yang mampu diboikot. Yang lain masih lagi berfikir-fikir mampu boikot atau tidak.

Saya masih rasa kecil. Kerana kes-kes yang lain seperti Boko Haram, Selatan Thai, Syria, Bahrain, CAR, minoriti kecil di Negara sendiri tidak pula saya suarakan. Kerana alasan kelemahan kepada diri sendiri kurang ilmu dan maklumat tentang isu. Atau memang saya kurang peduli.

Esok nuzul Quran. Ayat baca yang diturunkan tidak sekadar baca. Di perenggan awal ada disebutkan tentang pen. Maka itu juga anjuran untuk menulis.

Berbanding cerita penindasan yang lain, Palestin paling mendapat perhatian media. Mungkin kerana lawan mereka adalah Israel. Bangsa yang merasakan diri mereka paling mulia dan paling ramai orang yang kaya raya.

Bila mana media masa antarabangsa di kuasai Zionis Israel, kita hanya bergantung kepada media social untuk bersuara. Itupun saya tidak bersuara.

Ramadan makin singkat. Dunia juga.

Moga Allah memperkuat mereka yang berjuang mempertahankan diri, maruah, keluarga, bangsa dan agama. Berikanlah mereka kemenangan atau syahid. Sabarkn mereka dan sediakan tempat tinggal mereka di syurga.

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK