Posts

Showing posts from 2015

The Bookseller of Kabul

Sebuah buku tentang kisah survival seorang penjual buku di Aghanistan, Sultan Khan dan keluarganya. Afghanistan dan percaturan politik yang menyebabkan penduduk terumbang-ambing dan bertukar-tukar dasar pemerintahan dan undang-undang. Selepas Taliban, masyarakat cuba menyesuaikan diri dengan keadaan politik baru. Perempuan tidak lagi diperintah memakai Burqa untuk keluar rumah. Tetapi oleh kerana rejim Taliban telah meletak undang-undang keras sebelum ini, masyarakat takut untuk menukar kebiasaan lama. Doktrin dan psikologi manusia terhadap doktrin yang dikenakan dalam kehidupan. Bagaimana kebebasan yang ada tetapi disekat dengan mental block disebabkan polisi politik lama. Lapis strata sosial yang berbeza. Macam-macam ada. Tentang keluarga Sultan yang pelbagai rencam.  Dalam banyak keadaan, ada timbul simpati, juga kesyukuran.  Di Malaysia, perempuan tidak disekat kebebasan untuk menuntut ilmu dan mencapai cita-cita. Tetapi di Aghanistan (seperti yang di...

Cat Stevens: Mengapa Saya Masih Memetik Gitar

Image
Dalam dunia gelap-gelita ini Sang zalim memerintah di kala malam Namun, di satu sudut dalam bayangan Ada yang mencari cahaya! (ms 107) Celah-celah hangat politik tanahair, saya mengulang baca buku Cat Stevens setelah berjam-jam mendengar lagu-lagunya di YouTube. Terkesan dengan penghijrahannya berkali-kali sebelum dan selepas memeluk Islam. Kehidupannya berkembang dan mengalir, like the flowing river (kata Poalo Coelho). Kali ini saya membuka juga buku Advencer Si Peniup Ney (Faisal Tehrani) untuk memahami letak duduk hukum muzik dalam kebudayaan Islam. (siapa kata novel tiada nilai ilmu? Sudah tentu perlu memilih dan menyaring). Dilema Yusuf barangkali sama dengan ramai orang yang terkesan dengan pandangan bahawa muzik itu haram, menyebabkan Yusuf meninggalkan gitar dan segala berkait dengan muzik di awal Islam pada tahun 1977. Saya juga terkesan, sehingga tidak berani berlatih recoder di rumah. Arwah Ayah saya juga mungkin terkesan, kerana itu dia tidak lagi men...

Pulang Petang

Pulang petang. Kita pun seperti kambing masuk kandang. Memastikan lorong yang betul. Tunai, touch and go, smart tag? Lorong yang sesuai dengan status ekonomi kita. Sedangkan di hujung lorong kita tetap akan disembelih oleh algojo yang sama. Kapitalis yang mengira untung sepanjang tahun, tanpa mengira nasib orang biasa. ***************************************** Kitaran ini akan diwarisi oleh anak cucu masa hadapan, sekiranya tiada yang bertindak hari ini untuk mengubahnya.