Posts

Showing posts from September, 2016

Tentang Doa

Semalam sembang ala usrah dengan sepupu. Topik banyak, tetapi di hujung-hujung kami bercakap juga tentang kehidupan, tentang Tuhan. Kemudian beralih topik berbincang mengenai doa. . Sepupu beranggapan, doa adalah apa-apa yang diucapkan ketika mengangkat tangan. Usai solat, atau ketika teringat berdoa. Atau pun ketika dalam hati terlintas untuk berdoa. Konteks doa di sini ialah meminta apa yang dihajatkan kepada Tuhan. Saya bersetuju. Tetapi mengusulkan soalan, "adakah doa terhad kepada perbuatan memohon sahaja? Kenapa doa itu bukan tindakan atau aksi sekaligus?" Sepupu tidak faham. Saya menerangkan, doa itu tidak sepatutnya terhad kepada perbuatan mengangkat tangan dan bermohon. Doa itu perlu diiringi dengan usaha, baru permohonan itu akan berhasil. Itupun dengan kehendak Allah. Kalau seiiring dengan usaha, setiap perlakuan yang kita buat itu adalah menuju kepada pemakbulan doa. Saya kemudian memberi contoh. Katalah kita berdoa untuk pergi Haji. Tetapi doa ritua...

Nama Saya Aken - 1

Nama saya Aken. Saya orang biasa, malah terlalu biasa untuk di kategorikan sebagai biasa. Tetapi saya ada cerita. Tidak mengapalah kalau tidak mahu membaca, bagi mereka yang meneruskan baca juga saya harap awak akan dapat sesuatu. Kalau tidak dapat dimanfaatkan sekalipun, mungkin akan jadi bahan tambahan kepada senarai bacaan awak yang panjang. Saya tahu awak suka membaca. Memang pelik saya dapat menulis. Selalu tergantung tidak dapat untuk dihabiskan. Mungkin sekarang saya banyak masa, mungkin awak juga seperti saya ada masa terluang, bahan bacaan pula terhad sekarang ini.   Begini ceritanya. Beberapa bulan lepas, sebelum kejadian yang kita alami hari ini saya sempat berbalas pesanan dengan pensyarah saya Dr. Azka. Betul, semuanya berlangsung beberapa bulan sebelum talian telekomunikasi putus, bekalan elektrik lumpuh semua dan air tidak dapat lagi diperoleh dari paip bekalan air. Dr. Azka telah meramal tentang perang. Jika ikut turutan nombor rasmi, ini yang ketiga. J...