Tentang Doa
Semalam sembang ala usrah dengan sepupu. Topik banyak, tetapi di hujung-hujung kami bercakap juga tentang kehidupan, tentang Tuhan.
Kemudian beralih topik berbincang mengenai doa.
.
Sepupu beranggapan, doa adalah apa-apa yang diucapkan ketika mengangkat tangan. Usai solat, atau ketika teringat berdoa. Atau pun ketika dalam hati terlintas untuk berdoa.
Konteks doa di sini ialah meminta apa yang dihajatkan kepada Tuhan.
Saya bersetuju. Tetapi mengusulkan soalan, "adakah doa terhad kepada perbuatan memohon sahaja? Kenapa doa itu bukan tindakan atau aksi sekaligus?"
Sepupu tidak faham.
Saya menerangkan, doa itu tidak sepatutnya terhad kepada perbuatan mengangkat tangan dan bermohon. Doa itu perlu diiringi dengan usaha, baru permohonan itu akan berhasil. Itupun dengan kehendak Allah. Kalau seiiring dengan usaha, setiap perlakuan yang kita buat itu adalah menuju kepada pemakbulan doa.
Saya kemudian memberi contoh. Katalah kita berdoa untuk pergi Haji. Tetapi doa ritual menadah tangan sahaja tidak cukup.
Saya memandang riak muka sepupu yang mula hendak dicerahkan. Tanda soal diwajahnya masih jelas. Nasib malam itu tidak panas, perbualan kami tenang-tenang sahaja disejukkan angin dari kipas syiling.
Katalah doa naik Haji itu jelas, maka tindakan seterusnya untuk si pendoa tadi mestilah mengumpul duit. Sebab itu syarat yang paling logik dibuat. Jika tidak ada duit semuanya tidak boleh. Tiket kapal terbang, hotel, makanan, pakaian dan sebagainya.
Untuk pendoa, doanya mesti jelas. Seluruh kehidupannya mestilah jelas ke arah itu. Dengan menghalang diri dari membeli barangan yang tidak perlu. Hidup dengan apa yang ada dan berkecukupan dengan apa yang direzekikan. Tidak melihat pada hartanya orang dan berlumba untuk menjadi mewah seperti mereka. Sebab yang didoakan itu adalah naik Haji, bukan untuk membesarkan rumah dan bermewah.
Saya katakan pada sepupu, sekiranya ini sikap seorang pendoa, maka sepanjang masa ketika berusaha dan bekerja, kemudian menahan diri dari berbelanja kerana mahu mencukupkan duit untuk pergi Haji, maka seluruh kehidupan dia adalah doa.
24 jam sehari, 7 hari seminggu. 12 bulan setahun.
Sehinggalah doanya dimakbulkan Allah.
Tetapi pada masa yang sama, si pendoa tetap sahaja menadah tangan supaya hajatnya dimakbulkan. Dalam hatinya selalu terbit angan-angan akan segera sampai. Angan-angan itu sendiri adalah doa.
Meski keadaannya mustahil diganjari dengan nikmat itu, seperti syarat-syarat tidak cukup seperti tiada mahram dan sebagainya, namun selagi mana Allah berkehendak, maka tidak mustahil apa-apa di ruang pengadilanNya.
Sepupu akhirnya mengatakan faham.
Saya katakan, kita kena keluar dari memahamkan makna perkataan doa itu dengan ritual mengangkat tangan. Tetapi mesti ada usaha konkrit yang mengarah ke arah itu.
Meski mulanya langkah yang kecil, langkah yang satu. Tetapi selagi mana melangkah, selagi itulah Tuhan mencatatnya sebagai amal.
InshaaAllah.
Malam beralih pagi. Dalam zaman seperti ini, berapa ramai yang mahu menyibukkan diri bercakap tentang kebaikkan. Berpesan dengan nasihat yang baik.
Untuk malam dan pagi seperti ini, saya rasa bersyukur.
Semoga esok masih ada untuk kita menginsafi diri, bahawa hidup ini singkat. Aturan dunia itu telah ditentukan.

Comments