Contoh yang diwarisi - 2 (Dilema Melayu)
Saya kira dalam pengalaman hidup yang sedikit ada peluang untuk melihat beberapa perkara dalam budaya Melayu. Tentang hak pewarisan atau harta pusaka. Siapa yang membuat kajian lanjut, akan dapat melihat banyak aset tanah orang Melayu terbiar disebabkan tidak dapat membuat penyelesaian bersama adik-beradik dan saudara mara. Cari di sekeliling dekat pun ada, kalau lebih serius buat kajian akademik pun akan jumpa. Ini dilema sejak berzaman, yang entah bila akan berakhir. Tetapi saya tidak mahu bersembang hal ini. Tetapi untuk berkongsi apa yang arwah Ayah tunjukkan kepada kami. Ayah bukan anak yang paling tua di kalangan adik-beradik, tetapi cara Ayah berfikir itu beza. Ada banyak keadaan, Ayah bertindak sebagai jurucakap dan perunding cara. Semasa Ayah hidup lagi, Ayah sudah menjangkakan perkara-perkara hadapan. Luar dari jangkaan kami orang muda yang masih mentah dan pucuk serba-serbi. Dalam hal pewarisan ada banyak pesan yang arwah Ayah minta kami adik-beradik melepas...