UBiteam: Projek Cuti Sekolah

Projek Cuti sekolah ini bukan dirancang dengan paksaan. Tapi secara demokrasi terpimpin - bak dalam filem P Ramlee. Bukan, sebenarnya secara usulan idea sahaja pada mulanya.

Dua orang remaja ni sudah pun mengikuti kursus cuti sekolah tahun lepas dengan Artman, RPWP. Dengan ilmu menggunakan kamera dan video serta asas suntingan, rasanya tidak salah kalau berikan mereka galakan untuk menggunakan kemahiran yang sudah diperolehi dengan projek sendiri. 

Saya datang satu hari ke rumah mereka kemudian menunjukkan kamera yang saya ada. Asytar dan Al Qaim sudah pun mempunyai kamera seakan GoPro dan telefon pintar. Cabaran ialah menghasilkan video, tujukan apa yang mereka ada. Kata saya ilmu yang ada, tapi jika tidak digunakan dan ulang buat, lama-lama akan hilang.

Ini hasilnya,

https://www.youtube.com/channel/UCllf4U1Qjd4G-CLdHxFB0gA

Channel YouTube UBiteam. 

Untuk saya sangat bagus untuk permulaan. Sekurang-kurangnya, kata Wan mereka, sudah mula bangun pagi dan masa mereka sedikit terisi. Mereka sudah nampak apa yang perlu untuk satu-satu projek. Nama kumpulan, peralatan membuat video, isi kandungan, suntingan, cari audien dan lain-lain.

Harap platform media kesukaan anak-anak muda dan remaja ini boleh digunakan dengan cara yang lebih bermanfaat untuk:

1. Mengisi masa lapang
2. Belajar penyuntingan video
3. Belajar menghasilkan visual yang baik
4. Belatih komunikasi dan keyakinan diri 
5. Belajar mencari kandungan yang baik, bermanfaat dan menarik

Kita tengok apa lagi perkembangan seterusnya. 

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK