HSPM XIIX - Membawa Pulang Ayah Merentasi Dua Dunia

Saya berada di Grand Ballroom, Hotel Legend semalam. Memeriahkan majlis Hadiah Sastera Perdana Malaysia untuk tahun penilaian 2004/2005 dan 2006/2007. Sejujurnya, saya tidak bersedia, dan saya tidak tahu apa yang patut saya rasa. Namun, ketika melangkah di hadapan pintu masuk hati saya berdebar bagai hendak pecah.

Saya pernah berada di dewan yang sama untuk satu seminar kejuruteraan untuk tanah dan geoteknik. Waktu itu guru saya Prof Bujang B.K. Huat sebagai pembentang ucaptama yang menemukan saya dengan rakan-rakan jurutera yang lain.

Tetapi kali ini kedatangan saya lain. Saya diminta menghadiri untuk acara meraikan pemenang anugerah sastera tertinggi kerajaan Malaysia. Dan saya, sebagai salah seorang pemenang. Susah hendak percaya, tetapi perancangan Allah siapalah kita untuk menidakkannya.

Ia adalah satu pengalaman yang asing. Ya, saya menulis, tetapi untuk diiktiraf ke peringkat tertinggi kerajaan Malaysia adalah di luar apa yang pernah saya fikirkan. Subhanallah, ia satu keberuntungan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.


Mereka yang mengenal saya yang mendapat tahu tentang hal gembira ini secara spontan memberi komen, "Jika Ayah masih ada, dia tentu sangat berbangga." Saya hanya boleh menjawab dengan mata yang berkaca.

Saya berada di dalam dewan serba mewah dan megah dengan perasaan bercampur-campur. Kebanyakkan masa saya sibuk memikirkan bagaimana mereka membina dewan yang besar tanpa ada tiang di tengah-tengah. Tetapi bukankah sepatutnya saya menghayati malam ini?

Ya, saya rasa macam-macam. Ada debar, ada gentar, kekok, tidak percaya, rindu, cinta, segalanya yang perlu dirangkum dalam satu rasa.

Tetapi saya tahu, saya telah membawa pulang Ayah. Saya membawa pulang Ayah dalam dunia yang dicintai, jiwanya, sukma dan kalbu. Kejayaan ini amat besar tidak boleh diungkap, namun ia jadi lebih besar kerana saya membawa pulang Ayah merentasi dua dunia. Ini kejayaan Ayah yang tertangguh lama dulu. Saya cuma sebagai wakil kerana apa yang terhasil dalam cerpen Bila Bulan Muncul adalah hasil kasih dan cinta yang tertumpah, melalui darah Ayah.


Saya mencurah dan membawa segala dalam cerpen Bila Bulan Muncul. Ia kisah derita dua beradik yang menongkah kesengsaraan dunia dan akhirnya berjaya dengan kecemerlangan yang luar biasa. Kisah ini adalah dedikasi kasih sayang saya untuk adik yang selalu ada.

Perbincangan ilmiah yang dibawa adalah hasil pertembungan intelek bersama Abang yang sentiasa memberi dan mendedahkan. Yang selalu menasihat jalan mudah untuk tahu adalah melalui wacana ilmu dan proses membaca yang konsisten.

Rakan-rakan saya yang selalu mencabar. Yang mendesak dan percaya bahawa saya mampu untuk memecahkan kelaziman. Yang menyokong, mendorong, yang sudi membaca draf pertama dan memberi kritik yang membina. Meski dunia kreatif adalah dunia yang terlalu asing buat mereka. Yang sudi berdiskusi 4 ke 5 jam hanya dengan secawan dua air kopi, untuk memantapkan pandangan dan menajamkan fikiran.

...dan Bonda yang terlalu menyayangi dan melihat bayangan Ayah dari saya.

Dan sudah tentu, saham terbesar ialah kerana bimbingan guru kami yang bersabar melayani kekurangan ilmu, kejahilan kami. Menanamkan pada kami tentang aspirasi dan tujuan berada dalam lapangan. Yang memberi kata putus ia adalah medan perang, tiada toleh belakang. Membetuli niat dan memberi faham pada apa yang kami lakukan ini punya makna. Di sini dan di sana.

Saya bukan siapa-siapa jika bukan kerana mereka. Meski, saya masih lagi bukan siapa-siapa.

Saya hanya mahu berkongsi kerana kegembiraan ini bukan milik saya. Ia adalah milik mereka yang percaya dan meredhai. Yang mengasihi saya sepenuhnya.

Kerana itu ia adalah dedikasi untuk semua, ya sudah tentu untuk awak, yang selalu menghadirkan saya dalam doa. Usai solat, di haramain, di Ka'abah, di Multazam, di Hijr Ismail, dalam Raudhah, di pancur emas, di maqam Ibrahim, ketika mengulang saie di Safa dan Marwah, dalam bulatan 7 di depan Ka'abah. Di dua dunia, roh dan jasad.

Jazakallahu khairan, saya akan berusaha lagi. Limpahan doa dari awak yang saya dambakan. Moga kita akan dinaugi, dengan rezeki dariNya melalui arah yang tidak disangka-sangka, kerana kita redha, dan Dia meredhai.

Alhamdulillah, segala puji hanyalah untuk Allah. Allahumma solli a'la Muhammad wa ali Muhammad.

Jazakallah, moga awak sudi mensedekahkan Al Fatihah untuk Ayah, yang saya bawa pulang merentasi dua dunia.

Untuk Ayah, terima kasih!










Comments

NorziatiMR said…
Entah kenapa saya merasa terharu dan pilu membaca entri ini, meskipun ada perasaan bangga dengan teman yang berusaha.

Teruskan melangkah dan jangan terperangkap!
Khairulhak H. said…
Padat penuh inti luahan syukur ini.

Tahniah sekali lagi, semoga terus berkarya.

:)
Daud Mili said…
salam, blog cik asmidar ke nih?...saya baru dapat tahu dari Adli yang cik menang anugerah ini,...tahniah,..dan tak sangka pun ader,..hehe...tahniah sekali lagi,....memang berbakat,....terasa nak baca ceerpen tuh,...camne saya nak baca ??..huhuhu..~
ASaL said…
Salam Zeti - terima kasih. setiap kisah ada cerita, setiap cerita ada makna. Dan akhir nanti, kita tidak membawa lain, selain dari cerita yang dipersembahkan padaNya.

Salam Khairul - terima kasih ziarah. :) terima kasih, doa yang sangat2 saya perlukan. InsyaAllah, diizinNya saya akan menulis lagi.

Salam Daud - hehe, nape tak percaya ey? Takde la Daud, saya bukan siapa-siapa. Awak juga sangat berbakat (saya selalu baca entri) Nak baca? Dewan Sastera (Bulan Ogos 2007) - boleh cari kat library. (hehe, nanti sy usahakn, jika berkelapangan untuk upload).
Daud Mili said…
hehe,...mana ader,saya sangat berminat untuk menulis, cuma takder kemampuan nak buat, sebab takder bakat macam cik...hehe,.. Dewan Sastera ek??.,..urm, nanti saya cuba cari,... tahniah la sekali lagi, semoga terus menulis,..hehe,..:)~
Aderi Aryasu said…
walaupun dah ucap byk kali, tp cuba ucapkan juga kt cni jugak.. congratz sis... keep on going...

p/s: dreaming to make a moving pictures with your literature arts...
Aderi Aryasu said…
This comment has been removed by the author.
ASaL said…
Daud - believe me in no time, u'll be grown as a fine young man, as you have start early, i mean your writing skills. Writing is the end products, what happen behind scenes, the reading, dare to explore and experience things (like u do at pub and attending forums), ability to think quick and react, and writing well... it is an act of reflecting. Talent is just a word Daud :), the most important is The Will. Excell in your engineering field first and tell other what are the wonders of creating and constructing. :)
ASaL said…
Aderi - u know well i don't actually deserve for the credit. It is all Ayah's, i'm just representative. And u know that, I envy with ur ability to visual things. If i have that ability (and I pray hard for that), Allah knows better what we can do.

Thanx is to you, only Allah will reward for your sincerity bro.

Yeah, lets make art together!
Daud Mili said…
Terima kasih sebab sudi baca entry saya,..dan terima asih untuk kata-kata semangat itu :)...dulu saya tak ada peluang, walaupun amat berminat untuk menulis,...~
ASaL said…
Daud - kita sama. Saya juga bermula dengan memasang angan-angan dan minat. Who knows, Allah's mercy can bring you any
where you want.
Daud Mili said…
kalau dah terlalu lama 'memasang angan-angan dan minat' susah jgk..huhuh,..kadang2 rasa down, and terus cuba cari minat kpd benda lain,...~
ASaL said…
Daud - kalau sy jadi awk, sy tdk akan berhenti mnyimpan angan. Hei, blog awk hit utk comment shj cukup hebat, apa lagi bila melihat senarai pengikut. Maksud, belum menulis serius pun awk sudah ada peminat.

haha, Daud, dlm menulis, tidak pernah ada perkataan terlalu lewat untuk bermula.

kalau awak betul-betul minat, nasihat saya, cari guru. The potential is there, tinggal nak polish saja lagi. Saya harap boleh membantu, so feel free kalu ada apa-apa nak tanya, kalu boleh tolong sy tolong.
Daud Mili said…
Cik mmg dah jadi inspirasi saya,.. hehe....Adli juga begitu,..dan ramai lagi sebenarnya,....saya baru sangat lagi dalam 'cerita' nih...guru???.. insyaALLAh,...semoga diketemukan,...
ASaL said…
Allhamdulillah, terima kasih!
esyqi said…
Tahniah Asal !
Harap ucapan tahniah saya tidak terlambat. Wah, rupanya Asal yang saya kenali ini seorang manusia yang hebat.

Saya telah Google nama Asmidar Alias. Rupanya Asal juga seorang pensyarah kejuruteraan. Dua bidang yang agak berbeza tetapi Asal cemerlang dalam kedua-dua bidang tersebut.

Beruntung saya dapat mengenali puan walaupun hanya di alam maya. Semoga puan dapat terus berkongsi ilmu dan pengalaman. Saya pasti amat menghargainya. :)
ASaL said…
salam esyqi
Jazakallahu khairan. Bi barakatillah.
:) Solawat
saya juga belajar banyak dari entri2 esyqi.
moga kita saling dapat berkongsi.

semoga apa yang dikurnia dalam kejayaan dan kecemerlangan kita semua, yang paling dulu sampai dari itu semua ialah redha Allah.

Allahumma solli ala saiyidina Mustafa, a'la habibika Nabiyika Mustaffa.

:) Jazakallah

Popular posts from this blog

Mimpi

Yang dimain-mainkan: Ubat Gigi

Pernah dengar Pulut Himpit?