Ilmu dan Keilmuan
Tingkatan ilmu tidak bersifat materi. Dan penerima juga menerimanya dalam keadaan tanpa jasad. Sesuatu itu tidak boleh dikatakan mencapai tahap keilmuan, jika masih lagi berpaut pada bukti-bukti yang dapat diindera. Kerana ilmu itu nur, maka nur sahaja dapat menggapainya. Ilmu, dalam konteksnya bisa sahaja dihormati sebagai dewa. Dewa pencerah. Dalam kamus Mesir kuno, dewa pembelajaran dipanggil Toth. Hanya dengan ilmu, dikotomi dapat dikenal jelas. Seharusnya, para penerima ilmu perlu dalam keadaannya bersifat merendah diri, kerana semakin orang memerhatikan dia dikalangan orang-orang yang tahu, pada hakikatnya dia sendiri keliru. Kerana hanya dia sahaja tahu dia masih lagi dikalangan orang yang tidak tahu. Jika ilmu hanya digapai untuk dieksploitasi, sebagai sarana jaminan masa depan, maka ilmu itu tidak dapat memberi lebih dari capaian materi. Sedang ilmu itu, sama seperti sifat nur yang menerangi kegelapan, menempati ruang, sebagai tenaga, dan tenaga sama sekali tidak dapat dimusna...