Orang Muda

Saya kagum dengan orang muda, malah jika diberi peluang, saya mahu menjadi orang muda yang matang. Jika dalam bekalan yang ada pada saya hari ini, diputar semula, saya percaya, saya juga boleh menjadi 'Outstanding Malaysian' pada hari ini.
Seorang 'trainer' berkata, ayat-ayat yang keluar dari pendidik "saya melihat anda-anda semua sebagai pewaris dan pemimpin akan datang" adalah klise. Tapi jika saya berpeluang berdepan semula dengannya, saya akan kata, saya malah percaya dan tidak pernah luntur harapan besar ini pada mereka, pewaris masa depan. Oh! Trainer itu tersilap besar sebenarnya, kerana saya juga muda. Malah, ditangan saya ada kuasa untuk membentuk generasi akan datang ini.
Jika kesedaran yang datang dewasa ini digarap awal, mustahil saya menolak untuk menjadi wakil pidato sekolah. Saya malah akan ke hadapan menjadi pasukan pertama dalam pasukan debat kolej di universiti. Atau saya akan mencabar diri demi ustaz yang mencabar menjadi wakil hafizah peringkat sekolah. Saya juga tidak akan menjadi begitu pengecut untuk jadi wakil sekolah pasukan ping pong. Atau saya berani untuk mempertahankan keinginan untuk bertukar sekolah sungguh-sungguh. Atau saya akan jadi lebih berani berdepan ayah untuk menarik diri kelas sains dan masuk ke aliran sastera!
Tapi itu semua tidak akan menjadikan saya kalah. Saya masih melihat masa hadapan penuh harapan. Penuh orang-orang muda yang berjiwa besar. Yang jalan hidupnya setiap hari adalah jihad (strive) untuk kecemerlangan diri, untuk Tuhan, bangsa dan negara. Peluang lama yang ditinggalkan kerana jahil dan tidak percaya diri, bukan tertutup selama-lamanya untuk hari ini. Malah saya lebih ke hadapan untuk merebut peluang, dan lebih hebat saya mencipta peluang untuk orang lain.
Ya! saya masih punya masa lama, hingga waktu ditetapkan. Saya sanggup mencabar diri untuk kecemerlangan. Kerana manusia hanya hidup untuk hari ini. Esok belum tentu lagi. Saya masih melihat orang-orang muda ini nanti, satu hari seperti Ali, Muhammad Fateh, Usama bin Zaid, seperti Nabi Daud ketika berdepan dengan Thalut.
Saya masih belum mahu, mengaku kalah!

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK