Thursday, November 29, 2007

Ilmu dan Keilmuan

Tingkatan ilmu tidak bersifat materi. Dan penerima juga menerimanya dalam keadaan tanpa jasad. Sesuatu itu tidak boleh dikatakan mencapai tahap keilmuan, jika masih lagi berpaut pada bukti-bukti yang dapat diindera. Kerana ilmu itu nur, maka nur sahaja dapat menggapainya.
Ilmu, dalam konteksnya bisa sahaja dihormati sebagai dewa. Dewa pencerah. Dalam kamus Mesir kuno, dewa pembelajaran dipanggil Toth. Hanya dengan ilmu, dikotomi dapat dikenal jelas. Seharusnya, para penerima ilmu perlu dalam keadaannya bersifat merendah diri, kerana semakin orang memerhatikan dia dikalangan orang-orang yang tahu, pada hakikatnya dia sendiri keliru. Kerana hanya dia sahaja tahu dia masih lagi dikalangan orang yang tidak tahu.
Jika ilmu hanya digapai untuk dieksploitasi, sebagai sarana jaminan masa depan, maka ilmu itu tidak dapat memberi lebih dari capaian materi. Sedang ilmu itu, sama seperti sifat nur yang menerangi kegelapan, menempati ruang, sebagai tenaga, dan tenaga sama sekali tidak dapat dimusnahkan.
Bahagialah bagi mereka yang mencapai tahap keilmuan tertinggi, mencapai irfan. Dan kita dapat melihat golongan ini, meski fizikal mereka seperti fakir yang melata, malah dia, telah mencapai kekayaan jiwa. Seluruh penghormatan telah diserahkan pada mereka dengan rela. Seperti semut menghurungi gula, mereka adalah gula pada kehidupan. Yang memberi manis pada kepayahan hidup, ketandusan pengertian dan membawa jalan kepada Tuhan!
Dan benarlah firman pertama wahyu Tuhan diturun melalui perantara Jibrail, melalui lidah Rasulullah, "Iqra".
Dan "Iqra"lah, moga satu hari kita dapat kembali kepada cahaya!

Wednesday, November 28, 2007

Which one is you?


These are the words describe on human abstract from The Holy Book, Al-Quran.
Which one is you?

qawm (folk)
ummah (community)
nas (mankind)
shu`ub (peoples)
qaba'il (tribes)
rasul (messenger, apostle)
nabi (prophet)
imam (leader)
wali (guardian)
mu'min (believer)
kafir (unbeliever)
munafiq (dissenter or hypocrite)
mushrik (polytheist)
mudhabdhab (hesitant)
muhajir (emigrant)
mujahid (warrior)
sadiq (truthful)
shahid (witness)
muttaqi (pious)
salih (righteous)
muslih (reformer)
mufsid (corrupter)
amir bil ma'ruf (one who orders to obey God's command)
nahi `an al munkar (one who forbids indecent or illegitimate deeds)
`alim (learned)
nasih (admonishes)
zalim (cruel, oppressive, unjust)
khalifah (deputy)
rabbani (Divine)
rabbi (rabbi)
kahin (priest)
ruhban (monks)
ahbar (Jewish scribes)
jabbar (tyrant)
`ali (sublime)
mustali (superior)
mustakbir (tyrant, proud)
mustad`af (tyrannized, oppressed)
musrif (lavish, prodigal)
mutraf (affluent)
taghut (idols)
mala ` (chieftains)
muluk (kings)
ghani (rich)
faqir (poor, needy)
mamluk (the ruled)
malik (owner, master)
hurr (free, liberated)
`abd (slave, servant)
rabb (master, lord)
musalli (one who prays)
mukhlis (sincere, devoted)
sadiq (loyal, true)
munfiq (charitable)
mustaghfir (one who asks for God's forgiveness)
ta'ib (penitent)
abid (adorer)
hamid (one who praises)

Tuesday, November 27, 2007

さくら満開

さくら色 片思いの人
さくら色 目が会えばほほ染め
少しずつ 大人に近づく
でもダメね 会話にならないの

廊下では元気そうな
笑顔だね 目だってますよ!

ああ さくら満開
ねえ さくら満開 胸の中
もう 言葉にならないくらい
恋の花が満開

さあ 打ち明ける瞬間
ああ 小さな胸が 張り裂けそう
だからねえ 告白したら抱きしめて
優しく...

さくら色 初恋の色ね
さくら色 こんなの初めてよ

少しずつ 仲良くなれるの?
何百年 掛けてもなりたいの

弁当は大盛りね
私でも作れるかしら...

ああ さくら満開
ねえ さくら満開 好きすぎるわ
もう あなた以外の人は
目にも映らないみたい

さあ あなたがいるわ
ああ 目の前にあなた 立っているわ
この恋 決心はもう固いのよ
ついてく...

ああ さくら満開
ねえ さくら満開 胸の中
もう 言葉にならないくらい
恋の花が満開

さあ 打ち明ける瞬間
ああ 小さな胸が 張り裂けそう
だからねえ
告白したら抱きしめて
優しく...

決心はもう固いのよ
ついてく...

Monday, November 26, 2007

Orang Muda

Saya kagum dengan orang muda, malah jika diberi peluang, saya mahu menjadi orang muda yang matang. Jika dalam bekalan yang ada pada saya hari ini, diputar semula, saya percaya, saya juga boleh menjadi 'Outstanding Malaysian' pada hari ini.
Seorang 'trainer' berkata, ayat-ayat yang keluar dari pendidik "saya melihat anda-anda semua sebagai pewaris dan pemimpin akan datang" adalah klise. Tapi jika saya berpeluang berdepan semula dengannya, saya akan kata, saya malah percaya dan tidak pernah luntur harapan besar ini pada mereka, pewaris masa depan. Oh! Trainer itu tersilap besar sebenarnya, kerana saya juga muda. Malah, ditangan saya ada kuasa untuk membentuk generasi akan datang ini.
Jika kesedaran yang datang dewasa ini digarap awal, mustahil saya menolak untuk menjadi wakil pidato sekolah. Saya malah akan ke hadapan menjadi pasukan pertama dalam pasukan debat kolej di universiti. Atau saya akan mencabar diri demi ustaz yang mencabar menjadi wakil hafizah peringkat sekolah. Saya juga tidak akan menjadi begitu pengecut untuk jadi wakil sekolah pasukan ping pong. Atau saya berani untuk mempertahankan keinginan untuk bertukar sekolah sungguh-sungguh. Atau saya akan jadi lebih berani berdepan ayah untuk menarik diri kelas sains dan masuk ke aliran sastera!
Tapi itu semua tidak akan menjadikan saya kalah. Saya masih melihat masa hadapan penuh harapan. Penuh orang-orang muda yang berjiwa besar. Yang jalan hidupnya setiap hari adalah jihad (strive) untuk kecemerlangan diri, untuk Tuhan, bangsa dan negara. Peluang lama yang ditinggalkan kerana jahil dan tidak percaya diri, bukan tertutup selama-lamanya untuk hari ini. Malah saya lebih ke hadapan untuk merebut peluang, dan lebih hebat saya mencipta peluang untuk orang lain.
Ya! saya masih punya masa lama, hingga waktu ditetapkan. Saya sanggup mencabar diri untuk kecemerlangan. Kerana manusia hanya hidup untuk hari ini. Esok belum tentu lagi. Saya masih melihat orang-orang muda ini nanti, satu hari seperti Ali, Muhammad Fateh, Usama bin Zaid, seperti Nabi Daud ketika berdepan dengan Thalut.
Saya masih belum mahu, mengaku kalah!

Our Friend

It was only this week that we manage to take her picture. Without a proper position, we finally took a few pictures of her. She was so radiant, white and pure. She always has heart with full of love. And her present always add meaningful moment.
My brother knows that whenever I have a moment with her, my repeated word will always "Will you pray for me?". Sometime she answer yes, but most of the time she will, just silent.
This morning she was really very early to come to our house. My brother sense this was very odd. She will never arived to our house this early. She only came late, at evening or at night. Only then we realized, she just want to say good bye. And I'm still repeating the same word to her "Will you pray for me?" while ironing my veil. She answer yes just once. And then she silent again. I still see her radiant, white and pure even so.
She was always there, during my turbulence years. When I was sooo down. When my heart break, when I'm sad. She sometimes sleep with me. She was my brother best friend. She will never want to be with me if my brother around. But when its come for any day that I felt so low, she always abandoned my brother to be with me. In the small room, she will lay beside me, watch me closely as I talked to her. And she will listen to it with patient.
I was returned from a meeting with my friends at Shah Alam. I was so happy as I managed to buy lot of books. One of the book I have always wanted to buy, but only today I can afford the time and money to buy it. I was enjoying myself using all the public transports by just only one card. With my new 'Touch and Go' card. It was a pleasant journey actually, despite I have to watch one stall was taken away by Majlis Bandaraya officers.
When I was in the cars with my brother, suddenly my brother told me the bad news. Our friend had already past away, today. It was suddenly a silent moment to me. I have to felt sorry to my brother, as he had watch her dead body. My brother actually looked at her to confirm weather it is she who lying there on the road. She was hit by a lorry. And my brother told me, it was true. It is she, the radiant, white and pure.
Our friend, as we called her Cing had die today.
Our friend, as I always told her "Will you pray for me?" had gone forever.
My friend, which always there when I feet so low, had left me alone, again.
Luckily, we have her picture that we took only recently.
And they say, if we take a picture of cat, they will die soon. It is true?
To our friend, you will always be in our heart. And we are now, praying for you. May you, will always be the radiant, white and pure. As you are the radiant, white and pure in our heart.
Thank you for loving us so much.
Thank you for saying goodbye.
And you will always be inside our heart, InsyaAllah.

Sunday, November 18, 2007

Resolusi?

Hari ini, saya berfikir...sampai bila? Sampai bila kita memilih untuk tidak menjadi signifikan, jika signifikan sekalipun berpuas hatikah dengan lapang yang dipilih? Saya mahu jadi orang besar, jiwa besar, memikir hal-hal besar, tapi mampukah? Dan bagaimanakah caranya?

Monday, November 12, 2007

Keajaiban Tuhan (Miracle)

Membicarakan keajaiban Tuhan dalam konteks doa-doa yang dimakbulkan, merupakan satu perjalanan transendental yang memerlukan keyakinan khusus dari sudut spiritual dan pengalaman ruhaniah individu. Barangkali akan ada yang berpendapat bahawa setiap yang dimakbuli doanya, adalah elemen bersifat metafizik, non materi dan tidak dapat diindera prosesnya kecuali hasil. Dan ianya hanya dapat dicerap setelah segala-galanya telah berlaku dan dizahirkan.

Namun begitu, secara peribadi saya berkeyakinan keajaiban Tuhan dalam konteks manusiawi bisa sahaja mengikut aturan dunia, aturan kasualiti (sebab dan akibat). Jarang sekali keajaiban Tuhan dijelmakan tanpa aturan kosmos ini, seperti yang diibrahkan dalam Al Quran melalui pengalaman para Nabi.

Surah Maryam ayat 25 “Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadanya”.

Al A’raaf ayat 160 “Dan mereka Kami bagi menjadi dua belas suku yang masing-masingnya berjumlah besar dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”. Maka memancarlah dari padanya dua belas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing”.

Surah Shaaf ayat 42 “Hentakkanlah kakimu, inilah air yang teguh untuk mandi dan untuk minum”.

Syarat mendapat keajaiban Tuhan melalui perantara doa tetap berlaku dalam linkungan kasualiti. Wilayah yang mudah difahami manusia, kerana doa tidak boleh dijadikan sebagai pengganti usaha. Tujuan doa adalah untuk memperoleh kemampuan. Seperti sarana yang bijaksana Murthada Muthahhari, berdoa pada saat Allah SWT telah memberikan kemampuan kepada manusia untuk mendapatkan yang dicari (mathlub) maka itu termasuk meminta sesuatu yang telah diperoleh (tahsil al-hashil).

Tiga-tiga ayat yang disebutkan merujuk kepada pengalaman insan-insan terpilih. Pertama Maryam ibunda Nabi Isa a.s. Ketika hatinya berduka maka Allah mengisyaratkan agar Maryam menggoyangkan pohon, supaya kurma masak gugur untuk dimakan dan mengembalikan tenaga yang lelah kerana melahirkan.

Kedua, pengalaman Nabi Musa a.s dalam meladeni permohonan kaumnya untuk diberikan air menghilangkan haus. Perintah Tuhan, pukullah batu itu dengan tongkatmu. Dengan pukulan tersebut terhasil 12 mata air yang dinikmati oleh 12 kaum Nabi Musa a.s yang mengungsi Mesir ke Baitul Maqdis.

Ayat ketiga merujuk kepada Nabi Ayyub a.s yang dianugerahi kesihatan selepas bergelut dengan kesakitan maha dahsyat. Dengan hentakan kaki Nabi Ayyub a.s yang mulia ke tanah, maka terpancarlah air yang diguna untuk menyembuh.
Ketiga-tiga ibrah yang diceritakan merujuk kepada fenomena keajaiban yang diluar kemampuan manusia mencerapnya, namun dalam ketiga-tiga kisah ada satu persamaan. Keajaiban tercipta dengan usaha! Menggoyang pohon adalah usaha. Mengetuk batu dan menghentak kaki ke tanah juga usaha. Maryam dan Nabi Ayyub a.s yang dalam kepayahan tidak meninggalkan usaha fizikal ini untuk menikmati keajaiban Tuhan yang Maha.

Rakan-rakan saya yang telah percaya pada keajaiban, yang merasai keajaiban, yang baru bermula untuk mempercayai keajaiban, yang masih ragu-ragu tentang keajaiban, pandanglah dengan mata hati dan ikhlaskanlah penilaian. Bahawa keajaiban telah berlaku, sedang berlaku, akan berlaku, yakinlah dengan pasti, ia mesti berlaku beserta keyakinan dan usaha, dengan doa. Bahawa doa adalah penyempurna usaha, bukanlah pengganti usaha.

Keajaiban telah berlaku pada saya, telah berlaku juga pada anda,
“Yang mana satu nikmatKu yang masih kau (jin dan manusia) nafikan?” Ar Rahman ayat 13.