Posts

Showing posts from August, 2008

The Kite Runner

Image
Sudah lama, lebih lima tahun, membaca, tenggelam dalamnya, kemudian di serang paranoid dan trauma di dalam fikiran. Sudah lama, kali pertama dari Pramoedya Ananta Toer dalam Cjerita Dari Blora. Kesan menggigit yang tragis. Tangisan yang syahdu mengalir dalam kesakitan yang dalam. Sudah lama, kali kedua dari Ernest Hemmingway, The Old Man and the Sea. Masih menghantui. Dan kali ini, dari Khalid Hosseini, The Kite Runner. Khali. Ada apa dengan cerita? Untuk sebuah cerita yang bagus, ia ada…segala-galanya. Would you run for a kite for me? For you a thousand time.

Dynasty Warrior dalam Hikayat Amir Hamzah?

Image
Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei Jangan tersilap, tidak ada Pahlawan Dinasti Cina di dalam Hikayat Amir Hamzah (HAH). Sekurang-kurangnya setakat bab ke 11 yang telah saya baca. Sekarang ini, sedang belajar membaca Hikayat, dan HAH mungkin satu-satunya Hikayat yang berjaya dibaca secara konsisten. Sebelum ini Merong Mahawangsa telah hampir tahap klasik bermukim di rak buku rumah dan Hang Tuah yang telah pun saya tinggalkan dalam keselamatan tahap super kepada si penjaga buku di perpustakaan. Sun Jian Betul kata pemilik buku HAH dan rakan-rakan yang lain, seronok apa baca hikayat. Tenggelam di dalam dunia Amir Hamzah, mungkin nanti akan mengiyakan pendapat-pendapat mereka. Oh, saya mempunyai masalah untuk men'visual'kan benda, dan masalah itu ada juga sikit-sikit sehingga sekarang. Saya perlukan pengalaman untuk merasakan benda itu dekat. Sebab itu pilihan dalam Bahasa Melayu dulu adalah puisi berbanding Hikayat. Saya boleh 'merasa' tapi kurang boleh 'melihat'. Lu ...

Haruman Ramadhan

Marhaban, marhaban Ramadhan Aroma sedang menghampiri Berdiri di jendela Sya'ban Ada hati bergetar menanti kehadiran Ada jiwa rusuh Rindu pun menerpa Cerita-cerita sedih Kenangan yang tersimpan Diam, di pelusuk khazanah Paling dalam Hanya yang mengetahui Berkongsi esak tangis Sendu dan sedan Meski Ramadhan tetap Ramadhan dinanti dengan hati yang penuh

Makanan jiwa

Minggu-minggu yang lelah sukma, tiba-tiba dikirimkan makanan enak pelembut jiwa. Terlalu enak, lalu dihidangkan di sini untuk kita sama-sama menjamahnya. Tafaddal masykura. Jawapan kepada keserasian dalam bersilaturrahim “Ruh-ruh itu adalah tentara-tentara yang selalu siap siaga, yang telah saling mengenal maka ia (bertemu dan) menyatu, sedang yang tidak maka akan saling berselisih (dan saling mengingkari)”. (HR. Muslim) “Dan (Dialah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (al-Anfal:63) Jawapan kepada diberi jalan dan kesukaan dalam menuntut ilmu "man yuriddillahu bihi khairan yufaqqihu fiddin" "siapa yang Allah inginkan kebaikan buat dirinya maka akan diberi kefahaman terhadap ilmu agama". p/s: terima kasih malaikat kecilku :...

Kedai Kek Salina

Image
Mereka yang berada di sekitar Permatang Pauh dan Pulau Pinang, juga yang berada di Semenanjung, silalah menjenguk kedai kek kawan saya, Kedai Kek Salina . Yang berkenan boleh tempah kek di situ. Penghantaran disediakan dengan pembayaran pos. Kek-kek Salina Kawan-kawan, tak nak beli ke?

Faisal Tehrani: Supra Man?

Image
2 kali pengerusi majlis menyebut nama Faizal Tahir dalam bual bicara DBP tempoh hari. Faizal Tahir ikon hiburan yang disignifikasi sebagai Superman, adalah beda dari Faisal Tehrani, kata pengerusi majlis. Entah apa yang perlu diperkatakan tentang Faizal Tahir dalam majlis bual bicara tersebut, saya kurang pasti. Namun apa yang nyata, Pengerusi mungkin tidak nampak yang satu hari nanti, orang yang duduk di sebelahnya bakal menjadi Supra Man paling dini dalam sastera Islam di Nusantara. Hah, jangan tanya saya makna Supra? Saya juga kurang arif. Kalau telahan ini terlalu awal, ya, biar ia jadi terlalu awal. Sekurang-kurangnya, terma Supra pertama kali saya dengar melalui bual bicara tempoh hari. Kajian Model Supra Mazhab bukan baru, terlalu banyak telah diperkatakan. Namun dalam sastera bandingan dalam Sastera Islam Nusantara, mungkin ini paling baru. Paling dini. Tapi sehingga menunggu pengesahan dari pihak yang lebih berautoritif, lebih baik sabar menanti dan mendoakan sahaja. Intip...