Sunday, August 31, 2008

The Kite Runner


Sudah lama, lebih lima tahun, membaca, tenggelam dalamnya, kemudian di serang paranoid dan trauma di dalam fikiran.
Sudah lama, kali pertama dari Pramoedya Ananta Toer dalam Cjerita Dari Blora. Kesan menggigit yang tragis. Tangisan yang syahdu mengalir dalam kesakitan yang dalam.
Sudah lama, kali kedua dari Ernest Hemmingway, The Old Man and the Sea. Masih menghantui.
Dan kali ini, dari Khalid Hosseini, The Kite Runner.
Khali.
Ada apa dengan cerita? Untuk sebuah cerita yang bagus, ia ada…segala-galanya.
Would you run for a kite for me? For you a thousand time.

Sunday, August 24, 2008

Dynasty Warrior dalam Hikayat Amir Hamzah?


Liu Bei, Guan Yu dan Zhang Fei

Jangan tersilap, tidak ada Pahlawan Dinasti Cina di dalam Hikayat Amir Hamzah (HAH). Sekurang-kurangnya setakat bab ke 11 yang telah saya baca. Sekarang ini, sedang belajar membaca Hikayat, dan HAH mungkin satu-satunya Hikayat yang berjaya dibaca secara konsisten. Sebelum ini Merong Mahawangsa telah hampir tahap klasik bermukim di rak buku rumah dan Hang Tuah yang telah pun saya tinggalkan dalam keselamatan tahap super kepada si penjaga buku di perpustakaan.

Sun Jian

Betul kata pemilik buku HAH dan rakan-rakan yang lain, seronok apa baca hikayat. Tenggelam di dalam dunia Amir Hamzah, mungkin nanti akan mengiyakan pendapat-pendapat mereka. Oh, saya mempunyai masalah untuk men'visual'kan benda, dan masalah itu ada juga sikit-sikit sehingga sekarang. Saya perlukan pengalaman untuk merasakan benda itu dekat. Sebab itu pilihan dalam Bahasa Melayu dulu adalah puisi berbanding Hikayat. Saya boleh 'merasa' tapi kurang boleh 'melihat'.


Lu Bu

Mengapa seronok baca HAH? Sebab HAH menjadi sangat dekat bila membayangkan suasana pahlawan dan epik perang seperti yang ada dalam Dynasty Warrior. Tentu, latar masa dan tempat beda, HAH di Tanah Arab dan DW berlaku di China. Tapi perang, apa-apa pun tetap sama bukan.

Di waktu kecil Amir Hamzah telah punya kekuatan super perkasa. Mengangkat ahli gusti dan menghempaskannya ke tanah sehingga patah riuk tulang belulang. Rakan sepermainan yang nakal, Umar Umayyah sangat suka menghasut Hamzah yang bukan-bukan. Sangat nakal tapi cukup menghiburkan. Hamzah rajin mengaji, Umar yang bebal suka mempermainkan guru. Disorokkan kasut sang guru dan menjualnya kepada penjual halwa. Waktu dewasa Hamzah, lebih gagah lagi. Hamzah ingin punya kuda, tapi setiap kuda yang dinaikinya akan mati setiap kali Hamzah cuba untuk menunggang. Sehinggalah Hamzah bertemu dengan Janggi Ishak. Kuda istimewa yang diwariskan untuknya. Kepandaian Hamzah mengaji dan bermain senjata membuatkan dia seorang pahlawan ulung dari Tanah Arab. Bukan susah sangat membayangkan adegan ultra natural, seperti menetak musuh di atas kuda, kuda dan musuh terbelah empat. Jika pedang Hamzah sampai ke pinggang musuh, musuh terbelah dua seperti mentimun lagaknya. Perang tanding (duel) antara Hamzah dan pemuka-pemuka kerajaan lain seperti membayangkan Liu Bei berhadapan dengan Lu Bu. Atau Guan Yu berdepan dengan Sun Jian. Adegan super magis divisualkan seperti Zhuge Liang menghantar angin puting beliung dan batu-batu besar yang menuruni bukit. Untuk adegan super tragis pula, seperti menetak orang sehingga terbelah dua boleh dicapai pengalamannya seperti dalam Shadow of Rome. Uish, sungguh tragis.
Siapa kata baca Hikayat tidak seronok? (huh, bukan saya ke yang kata dulu-dulu :p)

Menunggu pengaturcara komputer genius atau pembikin filem 3D sehebat lakaran siri-siri dalam cerita Final Fantasy untuk merealisasikan Amir Hamzah di skrin perak. Boleh tercapai ke impian ini? Sehingga saat itu, saya membayangkan super perkasa Hamzah seperti Lu Bu yang kekuatan magis dan aura memerlukan Cao Cao dan Xio Pi bergabung untuk menumbangkannya.
(p/s: kepada pemilik buku, pinjam dulu ya belum habis lagi)

Tuesday, August 19, 2008

Haruman Ramadhan

Marhaban, marhaban Ramadhan
Aroma sedang menghampiri
Berdiri di jendela Sya'ban
Ada hati bergetar menanti kehadiran
Ada jiwa rusuh
Rindu pun menerpa
Cerita-cerita sedih
Kenangan yang tersimpan
Diam, di pelusuk khazanah
Paling dalam
Hanya yang mengetahui
Berkongsi esak tangis
Sendu dan sedan
Meski
Ramadhan tetap Ramadhan
dinanti dengan hati
yang penuh

Friday, August 15, 2008

Makanan jiwa

Minggu-minggu yang lelah sukma, tiba-tiba dikirimkan makanan enak pelembut jiwa. Terlalu enak, lalu dihidangkan di sini untuk kita sama-sama menjamahnya. Tafaddal masykura.

Jawapan kepada keserasian dalam bersilaturrahim
“Ruh-ruh itu adalah tentara-tentara yang selalu siap siaga, yang telah saling mengenal maka ia (bertemu dan) menyatu, sedang yang tidak maka akan saling berselisih (dan saling mengingkari)”. (HR. Muslim)

“Dan (Dialah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (al-Anfal:63)

Jawapan kepada diberi jalan dan kesukaan dalam menuntut ilmu

"man yuriddillahu bihi khairan yufaqqihu fiddin"
"siapa yang Allah inginkan kebaikan buat dirinya maka akan diberi kefahaman terhadap ilmu agama".


p/s: terima kasih malaikat kecilku :)


Tuesday, August 12, 2008

Kedai Kek Salina

Mereka yang berada di sekitar Permatang Pauh dan Pulau Pinang, juga yang berada di Semenanjung, silalah menjenguk kedai kek kawan saya, Kedai Kek Salina. Yang berkenan boleh tempah kek di situ. Penghantaran disediakan dengan pembayaran pos.

Kek-kek Salina




Kawan-kawan, tak nak beli ke?

Faisal Tehrani: Supra Man?

2 kali pengerusi majlis menyebut nama Faizal Tahir dalam bual bicara DBP tempoh hari. Faizal Tahir ikon hiburan yang disignifikasi sebagai Superman, adalah beda dari Faisal Tehrani, kata pengerusi majlis. Entah apa yang perlu diperkatakan tentang Faizal Tahir dalam majlis bual bicara tersebut, saya kurang pasti. Namun apa yang nyata, Pengerusi mungkin tidak nampak yang satu hari nanti, orang yang duduk di sebelahnya bakal menjadi Supra Man paling dini dalam sastera Islam di Nusantara.

Hah, jangan tanya saya makna Supra? Saya juga kurang arif. Kalau telahan ini terlalu awal, ya, biar ia jadi terlalu awal. Sekurang-kurangnya, terma Supra pertama kali saya dengar melalui bual bicara tempoh hari. Kajian Model Supra Mazhab bukan baru, terlalu banyak telah diperkatakan. Namun dalam sastera bandingan dalam Sastera Islam Nusantara, mungkin ini paling baru. Paling dini. Tapi sehingga menunggu pengesahan dari pihak yang lebih berautoritif, lebih baik sabar menanti dan mendoakan sahaja.

Intipatinya apa? Baca sendiri, takut tersalah terang kerana banyak juga yang saya tidak faham. Antara Superman dan Supraman, yang mana satu yang akan memberi lebih impak kepada perkembangan intelektual negara?

Tepuk dada tanya akal.