Gema
Gema Ayah, adalah ikon yang sukar difahami. Dalam banyak keadaan, dia senyap sahaja. Tetapi bila berbicara, yang keluar adalah hikmah. Untuk ramai orang, kata-kata Ayah adalah untuk didengar. Sewaktu kecil dan nakal, Ayah masih tetap begitu. Pendiam, walau perangai kami terlalu menyakitkan hati. Kecuali bila ditahap melampau, Ayah akan cepat memainkan peranan. Dia tidak pernah teragak-agak untuk menghukum dengan fizikal, supaya tidak mengulangi perkara salah dan sentiasa beringat. Namun jarang sekali ketika memberi pengajaran, Ayah bersuara. Sehinggalah satu masa bila kami membuat salah, Ayah menghukum kami dengan hukuman cukup mudah. Cuma dengan tiga patah perkataan. Tanpa rotan, tanpa denda, tanpa apa-apa, kecuali dengan... Tiga patah sahaja. Noktah. Tiga patah yang cukup membuat kami ingat sampai sekarang. Mungkin sampai bila-bila sekalipun selagi diizinkan. Sekarang kami sudah cukup dewasa untuk merenung apa yang berlaku. Mengapa Ayah mengambil tindakan menghukum dengan fizikal ket...