Aneh-aneh: Pinjaman

"Dia kata Akak bodoh."
Saya terperanjat spontan bertanya, "Siapa yang cakap begitu?"

"Ustaz."

"Ustaz?"

"Ya Ustaz."

"Dia mengata belakang ke, mengata depan-depan?"

"Depan muka akak ni dia kata camtu. Dia kata 'Akak ni bodoh, ada peluang buat pinjaman tak mahu ambil. Buat rugi je'."

Itu konfrantasi antara seorang kakak dan Ustaz yang belaku yang mengejutkan saya. Kakak ini bukan graduan agama, tetapi tegar menjunjung prinsip agama.

Baru-baru ini beliau memberi kereta mewah baru. Ya, tidak salah membeli kereta baru tetapi yang menjadi isu kakak ini membeli dengan tunai (cash). Alasan dia kukuh, pertama dia memang mampu dan punya simpanan, tidak memeningkan kepala untuk membayar bulan-bulan, sudah selesai mengerjakan yang wajib dalam tuntutan agama (umrah dan haji) dan tentunya kerana tidak mahu terjebak dengan mainan kapitalis bank serta bersubahat dengan interest (riba').

Saya masih lagi tidak puas hati melanjutkan soal, "Ustaz tradisional ke ustaz moden?"
"Ustaz fundamental, ustaz tradisi yang cakap gitu kat depan mula akak ni Asal."

Owh. Hal yang macam ini pun ada. Saya jadi kelu seketika. Nilai yang telah diajar kepada saya dulu oleh ibu bapa dan ustaz ustazah, telah diruntuhkan sendiri ditangan agamawan?

Comments

Kamisah Ariffin said…
Banyak perkara nilai dewasa ini diruntuhkan oleh mereka yang kita anggap agamawan. Tetapi benarkah mereka ini agamawan? Ustaz-ustaz ini bukanlah agamawan dalam ertikata sebenarnya. Mereka hanyalah pendidik seperti kita. Cuma mereka mengajar subjek agama, maka mereka mendapat gelaran ustaz. Kita sendiri yang memberi satu tanggapan bahawa ustaz itu adalah orang alim, ahli agama. Sebenarnya tidak. Itu hanya gelaran. Jika mereka mengajar subjek lain, mereka tidak pun kita gelar ustaz. Dalam ertikata yang lain, mereka juga sama statusnya dengan kita. Cuma kita hafal akan formula bidang ilmu yang kita ajari, mereka pula hafal ayat quran dan hadis. Itu saja. Sebab itulah ustaz-ustaz ini walaupun fundamental, berfikiran begitu. Sebab mereka bukan ahli agama!
ASaL said…
Jika Ustaz-ustaz hanyalah sebagai penghafal formula dan ilmu,Jika begitu senario sekarang, alangkah baiknya gelar ustaz itu tidak diberi pada mereka. Memberi status pada yang hak akan membuka ruang kekeliruan yang lebih luas. Bak kata hikmah, 'menyerahkan sesuatu kepada yang bukan ahli, tunggulah saat kebinasaannya.'

Memberi kedudukan, gelaran dan status (akademik atau bukan) kepada yang bukan hak juga, satu langkah untuk melihat kebinasaan.

Alangkah sedih, jika kita sendiri melihat kebinasaan itu belaku sedikit demi sedikit depan mata tanpa dapat melakukan apa-apa.
Kamisah Ariffin said…
Kita yang silap. Kita memberi stigma yang ustaz mestilah agamawan. Sebenarnya tidak. Istilah ustaz itu hanya bermaksud guru. Maknanya mana-mana pendidik sebenarnya adalah ustaz atau ustazah. Kita yang membezakan antara ustaz dan guru. Maka kita memberi mereka satu darjat yang amat tinggi, yang mungkin mereka sendiri tidak mampu memikulnya. Kerana tidak mampu itulah mereka berdiri di hadapan kita dengan pendirian yang tidak sepatutnya dipegang oleh seorang agamawan yang sepatutnya membimbing kita yang jahil ini.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah