Sunday, May 30, 2010

Gema

Gema

Ayah, adalah ikon yang sukar difahami. Dalam banyak keadaan, dia senyap sahaja. Tetapi bila berbicara, yang keluar adalah hikmah. Untuk ramai orang, kata-kata Ayah adalah untuk didengar.

Sewaktu kecil dan nakal, Ayah masih tetap begitu. Pendiam, walau perangai kami terlalu menyakitkan hati. Kecuali bila ditahap melampau, Ayah akan cepat memainkan peranan. Dia tidak pernah teragak-agak untuk menghukum dengan fizikal, supaya tidak mengulangi perkara salah dan sentiasa beringat.

Namun jarang sekali ketika memberi pengajaran, Ayah bersuara.

Sehinggalah satu masa bila kami membuat salah, Ayah menghukum kami dengan hukuman cukup mudah. Cuma dengan tiga patah perkataan. Tanpa rotan, tanpa denda, tanpa apa-apa, kecuali dengan...

Tiga patah sahaja. Noktah.

Tiga patah yang cukup membuat kami ingat sampai sekarang. Mungkin sampai bila-bila sekalipun selagi diizinkan.

Sekarang kami sudah cukup dewasa untuk merenung apa yang berlaku. Mengapa Ayah mengambil tindakan menghukum dengan fizikal ketimbang dari kata-kata. Bukankah Ayah itu orangnya sangat hikmah? Maka tindakan juga terzahir dengan cirinya yang khas itu. Mungkin Ayah telah lama tahu, bahawa kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang. Malah lebih tajam dari itu.

Mata pedang bila melukakan sekalipun, paling tidak 2-3 bulan akan sembuh. Yang berdarah akan kering, yang ditakik akan bertaut semula. Yang terkoyak boleh dijahit. Yang sakit menusuk sembilu hingga ke hujung rasa, sampai masa akan hilang juga. Pendek kata, luka tetap akan sembuh. Ini hukum alam. Bila mana bebas dari kesakitan, manusia lupa. Kesakitan itu nanti cuma satu sejarah yang jarang benar kita akan ingat.

Mungkin sebab itu Ayah diam. Kerana Ayah tahu bila dia bersuara, gemanya akan terus ada, ditelinga, dekat dan diulang-ulang. Ia mustahil akan hilang walau Ayah telah lama pergi meninggalkan fana.

Ayah ialah manusia hikmah. Bagi kami dia adalah manusia sakti. Dia lama tahu, sometimes... words is better left unsaid.

Suara, meski tidak dapat didengar lagi, ia tetap bergema. Di situ, tidak kemana-mana.

Wednesday, May 26, 2010

Mula

Dari umaq_eiman
Sejarah berulang-ulang.
Kita, tetap diam?

Ghazzah, 25 May 2010.

Tuesday, May 11, 2010

Spekulasi Sakit Perut

Sakit perut yang dihidapi telah mendapat reaksi pelbagai pihak di sekeliling saya. Mungkin kerana begitu ganjil sifatnya. Dan sudah masuk 7 hari, ia masih belum menunjukkan tanda-tanda positif akan berakhir. Kawan-kawan saya berspekulasi tentangnya. Berikut adalah beberapa ramalan:


1. Perut saya sudah dimasuki ulat berenga. Kata mereka kemungkinan besar saya makan makanan yang dihuni berenga dan mereka telah menubuhkan satu kerajaan dalam perut. Kata mereka lagi ulat-ulat itu sudah begitu banyak berkumpul di suatu tempat dan bergerak-gerak dengan aktif. Seperti ulat berenga yang digunakan dalam mengubati luka penyakit kencing manis.


2. Oleh kerana saya sedang mengamalkan minum ECPI, kawan-kawan saya kata saya sedang berada dalam keadaan terapi nyahtoksik yang aktif. Minuman ECPI memang bagus, kerana ia menggalakkan perpeluhan yang banyak dan membantu memulih tenaga. Mungkin sebab badan sedang berkompromi dengan keadaan ini yang menjadikan keadaan perut saya menjadi terlalu abnormal dan tidak boleh dijangka aktivitinya.

3. Seorang kawan saya berspekulasi bahawa saya mungkin telah mengakibatkan orang yang mengamalkan ilmu mistik sakit hati. Jadi saya telah makan atau minum makanan dan minuman yang telah dikenakan jampi serapah (seranah?). Seperti dalam cerita san_ _ _ katanya saya sudah terkena. Dia suruh saya berfikir apa yang telah saya makan seminggu yang lalu. Kata saya, saya makan apa yang kawan saya makan. Jadi macamana saya seorang sahaja yang terkena?

4. Kawan saya seorang lagi berspekulasi bahawa kemungkinan besar usus besar dan kecil saya telah hilang dicuri makhluk asing. Katanya, makanan yang masuk ke dalam tubuh saya hanya melalui proses peritalsis di esophagus sahaja. Oleh kerana makanan akan bergerak selama 2-3 jam di esophagus, untuk jam ke 3 dan seterusnya saya perlu berjumpa dengan En T. Melalui pemerhatiannya, saya perlu berjumpa En T pada jam ke 3 kerana usus besar saya telah tiada. Kerana itu makanan tidak sampai di situ. Ia akan terus pergi ke loji pembuangan. (hahaha, hebat sungguh).

Komen saya:

1. Kawan saya mungkin terpengaruh dengan cerita-cerita tradisi seperti lintah masuk dalam perut dan beranak pinak di situ.

2. Ini adalah simptom terkesan dengan iklan.

3. Ini mesti suka tengok cerita-cerita Nenek Kebaya dan yang sekutu dengannya.

4. Nampak sangat mesti tengok cerita Jidin setiap hari Isnin. Ish, ish, makhluk asing pun boleh jadi sebab.

Konklusi: Begitulah padahnya kalau banyak sangat tengok TV.

Mereka selalu kata saya suka buat cerita (reka cerita), oleh kerana mereka melihat saya lebih ke arah penulisan dan kepengarangan. Nampaknya kali ini terbalik. Kawan-kawan saya lebih dahsyat mengada-adakan cerita. Tapi takut juga mendengar spekulasi dahsyat seperti di atas. Tidak mengapa, saya akan meminta khidmat pakar perubatan. Diagnosis doktor lebih menolong untuk menenangkan fikiran.

Huh, macam-macam.

Sunday, May 09, 2010

Sakit Perut, Cuaca Panas dan Stress

1. Sakit Perut
Jika dicongak-congak dengan betul sudah 5 hari saya mengalami sakit perut yang tidak tahu punca dan tidak tahu bila akan sembuh. Jangan ditanya samada saya ke klinik dan berjumpa doktor, jawapannya tidak. Pertama kerana mengikut pengalaman lama, ini sakit yang biasa. Setelah berulang berjumpa dengan En T (tandas) dalam tempoh sehari dua, saya akan sihat, alhamdulillah. Jadi kali ini ia bukan pengalaman yang biasa. Untuk 3-4 jam saya akan rasa sangat sihat malah mahu membuat banyak benda. Kemudian, ketika serangan muka akan berpeluh-peluh, kemudian badan, kemudian perlu berjumpa En T seterusnya terjelopok menahan sakit dan lesu badan.
Kata orang, jika perut sihat badan pun sihat. Kata orang lagi, banyak penyakit datang kerana apa yang masuk dalam perut. Tetapi kalau perut itu sendiri yang bergolak, apa ke tandanya? Ermmm.
(p/s: jangan risau, jika keadaan tidak beransur baik, saya akan berjumpa dengan itu Doktor).
2. Cuaca Panas
Saya tidak tahu apa yang berlaku di sekitar KL dan Selangor. Sehari lepas, petang dan pagi di Shah Alam dan KL masih sejuk. Awan masih menurunkan hujan dan menenangkan hari penghuninya. Tetapi lain di Pahang ini. Seminggu lepas, nampak cuaca seperti bagus dan tenang. Selang sehari akan hujan. Cuaca redup dan sejuk. Namun lain sangat sekarang. Saya tidak perlu menjadi pakar meteorologi untuk mengatakan sekarang pemanasan berada di tahap yang sangat ekstrim dan mencabar. Jarang sekali saya mengadu-ngadu tentang cuaca panas. Selalu saya menghadapi dan berdoa agar segera hujan datang. Tetapi dalam bulan Mei ini, sama seperti sakit perut ia lain macam. Waktu pagi panas, waktu tengahari melampau panas, waktu petang masih seperti itu dan malam tidak juga sejuk. Buktinya sepanjang masa saya akan berpeluh. Walaupun kipas dipasang paling maksimum. Tidak ada cara lain mengatasi haba dan hawa panas ini kecuali dengan memasang pendingin hawa. Kata saya, meski ada pendingin hawa, kita cuma berilusi bahawa panas itu tidak ada kerana kita telah menjumpai alternatif untuk lari dari cuaca ektrim yang mencengkam ini. Sedangkan di luar, matahari sedang meremang menghangatkan apa sahaja dalam jangkauan sinarnya. Aduh, untuk berapa lama lagi keadaan akan jadi seperti ini?
3. Stress
Mungkinkah kedua-dua sakit perut dan rasa panas melampau itu disebabkan oleh stress? Tidak boleh buat kesimpulan itu, tidak valid rasanya. Tetapi kesakitan dan cuaca lampau boleh mengakibatkan stress. Buat masa ini, saya masih elok-elok sahaja. Buat pertama kali saya melihat kesan stress secara langsung kepada seorang rakan. Kerana tekanan dari pelbagai sudut, dia mengalami depressi. Depresinya bukan kecil kerana terpaksa berjumpa dengan psikitaris dan memakan ubat secara terus menerus.
Hai, saya sendiri tidak tahu. Yang terjadi akhir-akhir ini aneh-aneh sahaja. Mungkin segalanya sedang dekat menuju akhir.

Saturday, May 01, 2010

Aneh-aneh: Pinjaman

"Dia kata Akak bodoh."
Saya terperanjat spontan bertanya, "Siapa yang cakap begitu?"

"Ustaz."

"Ustaz?"

"Ya Ustaz."

"Dia mengata belakang ke, mengata depan-depan?"

"Depan muka akak ni dia kata camtu. Dia kata 'Akak ni bodoh, ada peluang buat pinjaman tak mahu ambil. Buat rugi je'."

Itu konfrantasi antara seorang kakak dan Ustaz yang belaku yang mengejutkan saya. Kakak ini bukan graduan agama, tetapi tegar menjunjung prinsip agama.

Baru-baru ini beliau memberi kereta mewah baru. Ya, tidak salah membeli kereta baru tetapi yang menjadi isu kakak ini membeli dengan tunai (cash). Alasan dia kukuh, pertama dia memang mampu dan punya simpanan, tidak memeningkan kepala untuk membayar bulan-bulan, sudah selesai mengerjakan yang wajib dalam tuntutan agama (umrah dan haji) dan tentunya kerana tidak mahu terjebak dengan mainan kapitalis bank serta bersubahat dengan interest (riba').

Saya masih lagi tidak puas hati melanjutkan soal, "Ustaz tradisional ke ustaz moden?"
"Ustaz fundamental, ustaz tradisi yang cakap gitu kat depan mula akak ni Asal."

Owh. Hal yang macam ini pun ada. Saya jadi kelu seketika. Nilai yang telah diajar kepada saya dulu oleh ibu bapa dan ustaz ustazah, telah diruntuhkan sendiri ditangan agamawan?