Adrenalin Unjuk Rasa - Revolusi Mesir
Melihat gelombang kebangkitan rakyat begitu mengujakan. Video YouTube di atas adalah salah satu acara pendemonstrasi menguasi jambatan Qasr Al Nil. Siapa berada di sana pasti merasai gesaan adrenalin menguasai diri. Semangat yang dilaungkan, kebebasan untuk bercakap tentang penderitaan, perkongsian mengenai satu agenda perubahan, itu, yang mendorong mereka keluar beramai-ramai, berpadu, bersatu. Siapa yang tidak takut kepada water canon dan juga gas pemedih mata. Pasti, mereka yang pernah berada di dalam asap yang menguasai udara, merasa seksa bernafas. Dan air mata yang tidak boleh ditahan, mengalir deras seperti kita sedang menderitai dan berkabung dengan sesungguhnya. Kata saya pada rakan, panduan untuk unjuk rasa ialah pertama, keberanian. Kedua, tujuan dan niat yang betul. Ketiga, sebotol air mineral bersaiz besar. Keempat, tuala untuk menutup mulut dan mata. Kelima, wasiat. Saya bercerita pada rakan betapa pedih menahan sakit di kerongkong kerana tertelan asap tebal. D...