Sembang Politik Mesir

Kata rakan, "ramai sahaja tidak mahu pulang ke Malaysia. Mereka kata keadaan sudah semakin pulih, meski tidak tahu bila tetapi sudah nampak perubahan positifnya."

kata saya, "orang Mesir tidak boleh berpatah arang sekarang. Mesti genggam bara sampai jadi arang. Revolusi tidak boleh separuh-separuh."

Sambung dia, "pasti mereka juga telah membuat pertimbangan wajar tidak berada di jalanan. Mereka juga mahu merasa aman kembali. Rusuh tidak membawa apa-apa kebaikkan."

"Rusuh tidak semua berakhir buruk. Ada rusuh yang membangun keamanan, malah sejagat pula sifatnya. Seperti pembukaan Makkah."

Dia diam tapi tidak kering hujah, "keamanan itu lebih mahal maknanya dari berubah menjadi bencana."

"Aman itu lebih mahal jika rakyatnya jadi buta untuk melihat apa-apa, apatah lagi sehingga tidak dapat membeza baik dan buruk sehingga yang bejat, hanyir, keji dan zalim, kita lihat sebagai satu rahmat. Aman hanya murah bila..."

Teman mengangkat kening.

"...bila kita boleh menjamin keadilan merata ke pelusuk jagat. Semuanya. Kepada manusia, rakyat marhaen, golongan pekerja, kepada alam sekitar, alam semesta. Kau, aku, kita dan generasi di hadapan sana."



Comments

wan mohd basyir said…
daulah Islam pasti tertegak...Islam adalah agama yang diredhai Allah...semoga kita turut menjadi antara pejuang yang menyumbang kepada usaha-usaha tersebut dalam apa jua dimensi dan ruang lingkup,insyaallah...

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah