tanya sama POKOK



Salam hujung minggu :)

Kongsi lagu ini untuk tatapan semua. Saya suka hampir setiap aspek lagu Meet Uncle Hussein dengan menampilkan juara baru AF9, Hazama. Terutama pada lirik yang menggunakan patah perkataan yang minimal dan ekonomi, namun tetap puitis dan berganda makna.

Kita nyanyi dulu.

Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang

Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Saya suka band indie atas pilihan lagu yang diberikan selalu luar dari konteks sempit melankolik cinta tipikal. Namun saya lebih suka lagu ini kerana ia menampilkan falsafah kasualiti yang kuat dari bait lirik yang tidak asing di telinga. Tanya sama pokok adalah lagu yang kita nyanyikan sejak kita kecil. Melalui lagu dari filem P Ramlee, seperti mana pokok, lagu ini juga evergreen.

Terima kasih MUH kerana face lift lirik lagu ini dengan melodi menyuntik rasa seperti mahu berlari dan terbang bukan? Ia akan jadi lagu tema saya untuk beberapa tahun akan datang, insyaAllah, saya pasti!

Bait 'tanya sama pokok, apa sebab goyang? jawab angin yang goncang', ini adalah kenyataan kasualiti. Kita sebagai orang Melayu telah rugi banyak kerana tidak memahami dalam konteks sebenar. Kasualiti ialah memahami sesuatu yang berlaku dengan satu teori umum, logik, universal, hakikat iaitu setiap sesuatu mesti ada sebab dan akibatnya.

Ini patut difahami bukan sebagai menyerahkan segalanya pada takdir yang membawa, tetapi menghantar supaya berusaha sehabis daya, baik dan usaha sesungguhnya. Kerana yang akan kita capai adalah hasil dari apa yang telah dicurahkan.

Man jadda wa jadda.

Kitalah yang menuai, apa yang kita tanam!

Tanya sama pokok, apa sebab goyang?
Tanya sama hati, apa yang kita hajati.

Nice weekend semua.


Comments

Cikli said…
lihat dalam air, nampak bayang-bayang.
campak satu batu, bayang pun hilang.

bait inipun berganda maknanya walaupun kasual.
ASaL said…
tapi sekarang orang Melayu dah tak boleh nak faham bahasa kias.
Kena cakap direct, tapi nak cakap direct pun kena minta kebenaran.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang