Wednesday, March 23, 2011

...dan Tuhan menebarkan keadilanNya

Tuhan itu aneh, kerana itu kita akan selalu terpersona. Namun, Dia Sang Pemurah, yang tidak pernah gagal menebarkan keadilan.
Dan untuk saya, Dia selalu menganugerah di tempat yang paling tidak disangka.
Hadiah untuk saya di pandangan mata orang terlalu kecil, namun ia adalah galaksi kegembiraan yang melimpah ruah dalam hati.
Benar kata rakan yang ahli hikmah, Dia akan memberi, malah Maha Memberi. Dan di waktu Tuhan menebarkan keadilanNya, kita tahu Dia sedang memberi perhatian malah dengan kasih.
Saya dianugerahkan rakan-rakan yang ikhlas, dan itu bukti keadilan Tuhan untuk saya.
Maha Suci Tuhan, dan Dialah tempat segala pengharapan.

Monday, March 21, 2011

kiamat datang tidak dengan tiba-tiba

Apa yang saya jarang jelaskan dalam tulisan adalah obsesi terhadap akhir zaman. Meski ia adalah obsesi, tetapi disorokkan dalam lapis makna atas sebab orang akan segera menggelarkan saya paronoid.

Itu kebimbangan saya dulu tetapi tidak sekarang.

Orang pertama yang menyampaikan gambaran akhir zaman adalah Rasulullah, yang menjadikannya sebagai sebuah edik adalah Allah swt sendiri. Tidak percaya, selak Al Quran.

Lalu tegarkah mereka yang berpesan tentang waktu akhir digelar paranoid?

Tegur Cikli, saya menunggu tsunami di Jepun baru saya bangkit dari pegun. Mungkin benar. Yang pasti, saya kehilangan kata melihat unfolding event yang disampaikan guru mengaji kecil dahulu dibuka satu persatu, depan mata, sedang di sekeliling saya masih lagi crowd yang tidak peduli apa.

Lalu saya bacakan hadith Nabi, bahawa kiamat itu akan datang tiba-tiba pada adik. Adik saya mengangguk tetapi saya katakan pada dia, sebenarnya kiamat tidak datang tiba-tiba. Ia adalah satu perkara yang kita tahu lama sudah. Dan kerana Allah itu amat Adil, Dia akan meninggalkan banyak tanda. Cuma kita yang merasakan ia datang tiba-tiba adalah kerana kita terlalu dilekakan sehingga tidak sedar apa-apa.

Kita akan jadi sama seperti umat Nabi Saleh. Yang setelah melanggar perintah Allah, mereka menunggu selama 3 hari. Menunggu dengan ego bukan dengan keinsafan. Bila awan di langit gelap menutup bumi, mereka hanya menganggap bahawa ia hanya awan membawa hujan. Tidak perlu takut apa-apa. Walau hati ada sedikit rasa takut. Berlalu 2 hari mereka sudah tidak takut apa-apa. Sehinggalah Allah menjawab mereka di hari ketiga, waktu itu tidak ada penyesalan yang dapat menebus segala dosa.

Allah telah mendatangkan kita lebih dari awan hitam. Allah mendatangkan air laut tsunami yang jernih menjadi hitam. Juga revolusi berdarah di tanah Arab.

Peringatan apa lagi yang ditunggu kita.

Kiamat tidak datang tiba-tiba, tetapi kita telah dilekakan begitu dahsyat sehingga tidak rasa dan tidak nampak apa-apa.

Sunday, March 20, 2011

setelah pegun sekian lama

salam. memang ya saya sudah lama tidak menghantar entri. alasan klise saya sibuk bekerja sesang yang sebenar tidak mempunyai idea untuk dikongsi. Saya dalam keasdaan pegun nyata. Memerhati dengan penuh minat perubahan yang sedang berlangsung aktif dalam dunia. Menyaksi dengan kagum kerja Tuhan menilainya dengan mata, moga terdetik dalam diri keinsafan.
Kawan saya bertanya penuh minat, 'keinsafan apa?'
Kata saya ''Keinsafan berada di ambang akhir pada masa dan zaman".
khali. senyap dan sunyi.
saya banyak sebab untuk bermohon pada tuhan untuk hidup seratus tahun lebih lama. lebih-lebih lagi sekarang. tetapi tuhan memgajar saya jalan beragama. bahawa setiap sesuatu bukan di tangan manusia, semuanya bertempoh, manusia harus sedar fitrah ini dan berjalan di landasan yang telah digarisi.
tetapi kita cepat lupa bukan, dan Allah berikan peringatan.
sepanjang tanah arab dengan rusuhan dan kejahatan pemerintah.
sepanjang pantai jepun, kemusnahan alam yang mengejutkan.
subhanallah.
tidak tergoncang lagikah kita?
saya yakin menjawab, kita tidak langsung takut pada apa-apa. Sangka kita ini semua kerana perubahan suhu dan cuaca dunia.
Mashaallah.
Malam ini bulan paling dekat dengan bumi. dan ia kelihatan lebih besar dari selalunya. bagi bijak pandai, ia adalah tanda-tanda. tapi kita masih disibukkan dengan hal dunia.
saya masih mahu hidup seratus tahun lebih lama. lebih-lebih lagi sekarang ini.
tetapi bila mana Allah katakan, sekian sahaja, kita tidak akan dapat mengubah apa-apa.
O Allah, hasten the emergence of our saviour.