Lelaki Untukku
Pagi ini ceria. Awan putih, langit biru. Angin bertiup tidak selalu, tetapi kadang-kadang datang. Tapi hati boleh sahaja disampuk hiba tiba-tiba, walau cuaca dan segalanya baik-baik. Terutamanya bila mengenang lelaki (baru) untukku, yang selalu sahaja terpaksa berjauhan, membuat aku rindu dan rasa tidak berdaya. Kasih sayang itu sangat indah dan selalu menghairankan. Untuk jatuh cinta kesekian kalinya, untuk lelaki (yang baru) adalah sesuatu yang di luar jangka. Tetapi, siapa yang tidak akan jatuh kasih kepada senyumnya yang selalu naif tetapi dilakar khas untukku? Dia ditakdirkan seorang lelaki, yang aku harap akan selalu menjadi lelaki untuk perempuan sepertiku, dan juga perempuan-perempuan yang lain juga. Yang melindungi, yang menghormati, menyayangi, selalu berdoa agar tiada bahaya dan kesakitan yang akan tertimpa kepada makhluk yang mempunyai kekurangan tenaga dan kudrat, tidak kira perempuan, lelaki, tua, muda, sihat atau sakit. Hati yang selalu sempurna untuk melihat k...