Risau tentang Pendidikan

Aku risau tentang pendidikan sekarang. Bila kertas UPSR bocor, yang mangsa itu anak-anak yang telah kita letakkan tekanan terhadap mereka.


Musim ini, anak-anak buah saya, anak-anak kawan terkena tempias salah orang dewasa terhadap mereka. Kawan-kawan yang menjadi cikgu sekolah juga tidak ada jawapan. Kata mereka, "Benda dah jadi jelas sangat tersebar kat media sosial. Kalau KPM tak ambil tindakan, nampak sangat kita tidak peduli tentang kertas soalan bocor."

Aku bimbang banyak benda. Budak-budak ini baru berumur 12 tahun. Untuk UPSR ni macam-macam tekanan mereka dah rasa. Ada yang berkampung kat sekolah dari jam 8 pagi sehingga 10 malam. Mereka diberikan latih tubi yang aku rasa kalau begitu lah gayanya, sangat bertubi-tubi. Alih-alih soalan bocor. Kena ambil peperiksaan semula.

Antara adik-adik ini, sebelum UPSR kertas yang kena ambil sekali lagi tu, ada yang mengambil peperiksaan PSRA. Sekolah agama juga ada peperiksaan yang lebih kurang sama merit dengan UPSR. Semuanya atas dasar kejayaan dan kecemerlangan. Semuanya mahu tempat ke sekolah asrama elit yang berprestij.

Anak-anak kita telah dilumbakan dengan tekanan yang tidak sepatutnya dan menghilangkan manisnya belajar kerana kita mahu tahu.

Ini senario anak-anak kita tahun 2014.

Saya masih ingat lagi dulu ketika mengambil UPSR. Tiada tekanan berlebih-lebihan. Malah rakan sebaya masih lagi aktif bermain. Kami semua adalah anak-anak yang dibesarkan dengan dunia bermain. Itu adalah realiti hidup kanak-kanak, realiti yang sebenar-benarnya.

Aku ingat aku belajar pun secara santai sahaja. Tidak begitu serius. Bukannya mak ayah sediakan meja khas untuk aku telaah. Apa yang ada sahaja aku pakai. Soalan pun guna buku latihan yang sedia ada dan yang abang-abang beli. Bukan serius mana pun.

Bagi aku UPSR sepatutnya menunjukkan pencapaian kumulatif kau kat sekolah. Bukan semata-mata peperiksaan akhir tu. Tetapi pembentukkan sikap kau sejak dari darjah 1 sehingga kau darjah 6. Waktu belajar di sekolah rendah adalah pembentukkan asas yang sangat penting. Dan pembentukkan itu patut berlangsung dengan memasukkan nilai yang benar, bukan temporal.

Nak apa ajar untuk budak lulus periksa cemerlang, tetapi lepas peperiksaan mereka tidak pula membudayakan kecemerlangan itu di luar kelas empat segi mereka.

Peperiksaan UPSR sepatutnya mencerminkan penguasaan terhadap satu-satu tahap, dalam hal ini tahap darjah 6 yang memerlukan kemahiran asas membaca, menulis, memahamkan teks, mengira dan asas-asas Bahasa Inggeris, atau pilihan lain sains. Maksudnya, kalau mereka lulus semua matapelajaran UPSR dengan cemerlang, mereka adalah pelajar-pelajar yang sangat mantap asas kemahiran belajar mereka. Bukan sangat mantap menjawab sesuatu yang telah diletakkan dalam 'frame' tertentu. 

Aku jadi bimbang ada yang melaporkan, beberapa minggu sebelum peperiksaan, anak-anak ini telah diminta untuk menghafal jawapan-jawapan. Kemudian menunggu peperiksaan untuk dimuntahkan jawapan yang telah diletakkan dalam memori mereka. Menunggu dengan debaran keputusan akhir, kemudian bergembira secara berlebih-lebihan untuk gred A yang berjaya dikumpul. Sedangkan gred A yang mereka dapat itu tidak melambangkan apa-apa sedikit pun.

Telur ayam pun kita gred kan. Ada yang C, B, A, AA, dan AAA. Tapi gred telur ayam ini kita boleh percayai dan objektif. Berdasarkan saiz telur. Orang boleh tengok dan nilai sendiri. Setiap orang pun boleh mempercayai penilaian gred telur ayam, sebab kita tidak boleh ditipu dengan gred tersebut.

Tapi isunya, sekarang, kau boleh menyusun A yang perlu atas slip keputusan peperiksaan, tetapi tidak akan ada orang percaya nilai yang tertulis di atas kertas tersebut.

Budak darjah 6 ni, aku rasa, lebih baik kita ajarkan diri mereka tentang kemanisan belajar untuk tahu. Biar mereka 'explore' diri dan kenali apa minat yang mereka ada. Galakkan untuk mereka menjadi mahir dalam satu-satu bidang yang mereka suka. Sudah tentu sebelum peroleh itu, mereka harus menguasai baca, tulis, kira. 

Pastikan baca tulis kira itu betul-betul mereka kuasai. Buka dipaksakan menghafal dan nampak seolah-olah macam menguasai.

Benda ini akan jadi berlanjut-lanjut masalahnya. Ke sekolah menengah dan kemudian ke universiti.

Dan aku lebih suka, kalau sebenarnya anak-anak diajarkan tentang budi pekerti. Kasih sayang. Soal berbudi dan berbakti. 

Entah.

Aku mengomel sahaja di sini.





Comments

ieka said…
telur ayam lain2 gred pun, harganya sahaja yg berbeza..fungsi tetap sama. 4 biji telur ayam mana2 gred akan hasilkan sebiji kek sahaja..tidak berpuluh2 kek jua hehehe
IBU PUSPITA said…
Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI
Lock Smith said…
Nice post. thanks for the shared it with us. twill fabric

Popular posts from this blog

Mimpi

Yang dimain-mainkan: Ubat Gigi

Pernah dengar Pulut Himpit?