Posts

Showing posts from December, 2016
11. Kawan saya itu luar biasa senyap sekarang. Sebelum ini, saya menunggu kehadiran melalui status yang dikemaskini di Facebook. Tetapi, sekarang, jarang sekali dia muncul. Satu hari, ketika keluar dengan dia, saya bertanya. Dia memandang saya tepat ke mata, tetapi masih sepi. Lima minit kemudian, dia bersuara, “menulis ini sesuatu yang berat aku rasa.” Saya jadi hairan. Sebelum ini bukan main dia menebarkan bicara hikmah hampir 2-3 kali seminggu. Saya adalah pengikut setia dalam diam. “Berat? Sebelum ini kau OK.” “Macamana nak terangkan, aku macam hilang ayat.” Sepi lagi. Tetapi saya tetap mahu tahu apa sebabnya. “Aku seperti merasakan setiap perkataan yang ditulis, ada saka yang mengikut.” Kering darah di muka. Tidak sangka itu yang keluar. “Biar betul. Perkataan itu makhluk? Dia bertenggek kat mana?” Saya dah bayangkan yang bukan-bukan. Hitam, berbulu, mata merah, bertaring, hisap darah, bertenggek atas bahu. Ikut ke mana sahaja. “Kat...

Doa Si Kecil

Petang semalam bawa Abang Asytar dan Askari beli barang sekolah. Abang nak masuk asrama, InshaaAllah. Memilih pakaian dan barang yang sesuai memang lama, tapi budak dua orang ni akan selalu tanya, kita nak solat mana? Sekarang pukul berapa? Lepas tu bagi cadangan, kat sini ada surau yang dekat. Lepas ni boleh kita singgah. Mujur Asytar Ada keupayaan spatial yang bagus. Jalan yang ditunjuk tepat, arah yang disebut pun jelas. Kalau ikut Waze mahu berpusing-pusing asyik salah masuk lorong. Balik rumah tanya Askari, "awak doa ibu tak lepas solat?" "Doa", dan disebut doanya dalam bahasa Arab. Sudahnya, kita pula dapat belajar doa untuk arwah dari budak darjah 3. Kena ulang 7 kali OK. MJ dah tumpul Arab, lambat sikit mengingat.

Nilai Baik yang boleh Membeli

9. Tadi, masa makan dengan Adik dan Anak-anak Buah, seorang promoter perempuan datang dekat dan memperkenalkan satu judul buku. Buku yang dijual berkulit keras, kelihatan menarik jika dibuat koleksi. Ya, saya peminat buku. Sebagaimana promoter yang lain, paling sukar adalah untuk mendapat perhatian pelanggan untuk mendengar apa yang ditawarkan. Pembeli dibiasakan untuk pergi ke kedai atau tawaran atas talian jika mahu sesuatu. Bukan beli dari penjual yang datang. Saya lihat remaja perempuan ini dengan kagum. Keberanian dan keyakinan untuk memperkenalkan sebuah buku kepada pelanggan yang memikat hati saya. Siapa yang mahu membeli di zaman gawat begini? Jika tugas ini diberikan kepada saya, belum tentu boleh saya laksanakan. Tidak sampai lima minit, saya sudah bersetuju untuk membeli buku dan juga DVD yang ditawarkan. Pertama, remaja perempuan itu bertemu dengan orang yang tepat. Buku punya tempat istimewa di hati saya. Dua, saya ingin membuat kebaikkan kepada re...