Jagung boleh ditanam dalam pasu?

Ada banyak kelebihan juga bila maklumat di hujung jari. Cuma maklumat yang bagaimana yang menjadi perhatian kita bila berlama-lamaan di media sosial.

Ada banyak gerakan menarik dalam media sosial berlaku sekarang. Salah satunya adalah pertanian bandar atau pertanian urban. Dengan perkongsian ilmu, banyak teknik bertani telah dipelopori oleh mereka yang ahli, kemudian telah dimudahkan untuk membolehkan siapa sahaja untuk menjalankan aktiviti bercucuk tanam.

Jagung. Siapa yang tinggal di bandar pernah terfikir boleh tanam jagung? Memang tak fikirkan.


Jangan bimbang. Sekarang, dengan teknik yang betul, apa-apa pun boleh ditanam. Jagung juga boleh ditanam dalam pasu atau polybeg. Dengan penjagaan yang baik, jagung dalam tempat yang kecil juga boleh mengeluarkan hasil.


Jagung dalam gambar mulanya ditanam dalam pasu. Setelah dinasihatkan Emak, pindahkan ke dalam tanah. Alhamdulillah dah beri hasil. Akan datang nak cuba bina para yang seperti dalam gambar bawah. Nak bagi ruang pokok-pokok disusun bertingkat. Ruang yang kecil boleh digunakan secara maksima. 


Sehingga projek selanjutnya, jangan berhenti berkarya.

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah