Kenapa menulis

#1 Kerana saya mahu membaca

Satu sarana paling awal dalam Quran ialah Baca! Ia bukan sarana malah perintah. Perintah yang diawali dengan Baca! dengan panduan (guideline) "dengan nama TuhanMu yang menciptakan." Antara bahan yang boleh dibaca adalah dari teks, alam semesta (universe) dan hati. Hati yang jika bersih, ia akan bercerita. Untuk mendengarkannya kita harus berada dalam keadaan ikhlas. Dan tulislah apa yang dibicara hati, hanya dengan menulis suara itu mendapat bentuknya.

#2 Percaya "sharing is caring"

Tiada yang lebih peduli kepada kemanusian, melainkan mereka yang berilmu dan mencurahkannya sebagai teks untuk dibaca oleh generasi akan datang. Jika Ibn Sina tidak peduli, perubatan moden tidak akan mendapat bentuknya hari ini, jika mereka tidak mewarisi Qanun fi At Tibb. Jika Taqi Ad Din dan Al Jazari tidak berkongsi, kejuruteraan moden tidak akan mengenal mengenai injap dan bagaimana mahu mereka bentuk enjin. Jika mereka tidak berkongsi, jurutera hari ini tidak akan faham tentang pergerakkan mekanikal. Jika Allah tidak peduli, kita tidak akan ada Al Quran di tangan. Jika Rasulullah tidak peduli, kita tidak mewarisi tradition untuk panduan hidup sebagai manusia sempurna di mata Tuhan.


Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah