Posts

Menjelang Al Quds Hati Kamu di mana?

Image
Al Quds, ia adalah hari sambutan pada hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan. Tujuannya untuk kita mengembalikan fokus ke Al Quds – Palestin – Jurusalem – Masjid Al Aqsa. Menjelang hari itu, hati kamu di mana? Al Aqsa, ia adalah tanah yang dijanjikan kepada Imam. Imam yang bukan sahaja kepada umat Islam tetapi kepada seluruh umat manusia (Al Baqarah:124). Imam itu Imam yang dilantik sendiri oleh Allah iaitu Khalilullah Ibrahim as. Imam Ibrahim adalah imam sejagat, kerana itu Al Quds adalah tanah sejagat. Hati yang punya ingatan pada Tuhan akan mempunyai rasa rindu, pada tanah itu yang penuh sejarah dengan rindu yang melubuk dan mendasar. Untuk satu tujuan. Pembebasan dan memerdekakan ia dari segala bentuk perbuatan cemar dan keji. Agar ia tanah yang diberkati (Al-Anbiyah:71) dikembalikan ke tempatnya, sebagai tanah petunjuk pemisah antara hak dan batil untuk manusia universal. Imam Al Khalil Ibrahim as, sudah puas mengalami segala dugaan untuk menunjukkan kita jalan, apakah dia kebena...

Rezeki itu Allah yang beri

Anak : Apa, takkanlah buka puasa hari ini nasi goreng dan sambal telur aja. Ibu : Eish kamu ni, itu rezeki yang Allah beri bersyukurlah. Anak : Rezeki Allah yang beri ya mak. Ibu : Ya, sebab itu sebelum makan adalah kewajiban dan kesantunan kita sebagai hamba membaca doa atas nikmat pemberian. Tanda syukur. Anak : Betul ke rezeki itu Allah yang beri? Ibu : Ish, kamu ini tidak faham-faham lagi. Ya, betul, noktah. Si anak pergi mengambil wuduk dan kembali ke bilik. Anak : Ya Allah, Engkaulah Sang Pemberi Rezeki. Kurniakanlah kami rezeki. Bayangkan kami kalau hanya dapat makan nasi goreng dan sambal telur ibu yang belum tentu sedap, selalu sahaja ibu kami masak terlebih garam. Maka itu Ya Allah, hambaMu memohon dalam kemuliaan Ramadhan agar Engkau mengasihi kami dan mengurniakan makanan tambahan. Jiran : Assalamualaikum Cik Yah, Cik Yah. Ibu : Waalaikumussalam. Masuklah. Jiran : Tak payah susah-susah. Saja nak menghulur. Ini ada bihun goreng, bubur kacang, kuih tat baru keluar dari ove...

Pilih

Memilih adalah satu perbuatan mencari yang terbaik, yang cocok, sempurna, unggul. Bandingkan ini. Tuhan menciptakan bumi ini dengan kitaran dan pusingan untuk menjamin keharmonian. Kejadian bumi kompleks, tetapi dengan kecanggihan akal, manusia diizin Allah boleh memahaminya. Tuhan menciptakan dunia ini dengan kitaran 12 yang diulang-ulang, sejak manusia mampu mencerap dan memahami. Kitaran untuk penentuan masa (bulan), yang berpandukan matahari, 12. Kitaran untuk penentuan masa (bulan), merujuk bulan juga 12. 12 bulan, dan Allah memilih satu bulan. Itu adalah Ramadhan. Dalam satu bulan, ada 28, 29, 30 dan 31 hari. Dalam satu tahun, ada 365 atau 366 hari. Allah memilih satu. Satu itu diriwayatkan ramai pada 19/21/23 Ramadhan. Dalam satu hari ada Subuh, Dhuha, tengahari, petang dan malam. Allah memilih, malam. Malam itu adalah Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah memilih dalam 12 bulan, satu. Ramadhan. Allah memilih 1 hari dalam 365 hari. Dan memilih satu ...

Rokok - Don't Break My Heart

Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada mereka yang terlibat dalam produksi iklan amaran merokok terkini di TV. Ia adalah iklan terbaik untuk menggambarkan rasa paling tepat bagi mereka yang dekat, rapat, akrab, bertalian darah dengan para perokok. Saksikan iklan dengan kualiti lebih baik di sini. Ya, mereka yang terpaksa berdepan dengan perokok tegar saban hari menahan rasa, seperti mana yang ditonjolkan oleh watak sang ibu seorang jururawat yang menahan rasa kesal. Kesal atas tegar sang anak yang tetap mahu merokok meski sang ibu terpaksa menyaksikan cerita pedih saban hari di depan mata akibat dari merokok. Kanser paru-paru, kanser mulut, gangrean dan lain-lain penyakit merbahaya. Benar kata sang ibu, ‘Don’t break my heart.’ Itulah yang kami rasa, menahan rasa, menahan kerisauan dan kebimbangan, berdoa saban hari, agar mereka segera berhenti. Agar Allah menghindari dari penyakit merbahaya dan dari marabahaya. Itu doa kami. Adakah anda tahu, kami menyayangi dan men...
bagaimana mereka punya hati yang redha bila tidak tinggal apa kecuali diri kesepian mencengkam menggigit ke lubuk rasa Tuhan tidak Kau kesani getar yang mengadu bila diberi tidak mustahil diambil kerana engkau hanyalah si peminjam yang dikasihani Rahim Kareem Azeem Alim Hakim Matin Rahman Fatah Ghaffar Tawwab Razzaq Syahid belaku lembutlah pada si abdi mengaku salah pada kecurangan di malam pada ruang tidak mendengar kecuali esak tangisnya di hujung dia berkata 'Latif Sami' Mujib perkenankanlah doa-doa'

Peristiwa Subuh Hari Merdeka

Kawan saya kata membaca itu satu pekerjaan, jadi dia jadikan baca satu tuntutan yang dilakukan rutin. Seperti orang bekerja juga. Ada kerja adalah gaji. Ada membaca adalah benda yang akan diperolehi (untuk dia dapatkan faedah dari pekerjaan itu.) Membaca bagi saya adalah satu perintah. Kerana dalam Quran disebut Iqra'. Perkataan Iqra' itu bukan menggunakan grammar present tense atau past tense . Iqra' gunakan grammar ammar (grammar yang tidak ada bahasa Inggeris), grammar perintah. Sekarang baru saya tahu membaca itu kadang-kadang menemukan peristiwa yang lebih menarik. Semalam susah sangat saya mahu tidur. Jadi saya ambil buku Imran N. Hossein untuk dibaca. Harapnya, boleh tidur selepas itu. Baca dan baca, jadi lebih menarik, lebih susah untuk saya tidur. Tetapi saya telah pun letih. Jam pukul 3 pagi. Tidak boleh lelap lagi. Behenti sekejap buat benda lain kemudian sambung baca lagi. Pukul 4 pagi masih belum boleh tutup mata. Saya ke dapur, memanaskan makanan untuk d...

Media: Mengapa kita beralih?

Sepanjang masa kita disogokkan dengan berita. Kita sukakan berita kerana ia bersifat semasa dan membuatkan kita makhluk berpengetahuan dan tahu apa yang sedang berlaku. Dan berita akan membantu untuk menilai tentang sesuatu, terutama politik, pandangan awam, kerajaan, peristiwa, manusia sejagat dan sebagainya. Untuk membolehkan penilaian dibuat, kita perlukan data. Sebagai contoh, untuk membolehkan awam menilai mengenai misteri kematian Teoh Beng Hock, kita akan bergantung dengan data-data semasa. Awal dulu, pelbagai prejudis terhadap kes ini berkembang biak kerana kita disogokkan dengan data-data tidak lengkap. Penilaian kita juga akan berubah dengan peningkatan data yang diterima. Kerana itu inkues ditubuhkan supaya data-data bersifat lebih empirik ditemui dan dengan itu penilaian akan lebih objektif (tapi sama juga, walau ada inkues dan laporan dari siasatan kita juga jadi semakin keliru dan celaru). Tapi kita orang awam. Kita dibekalkan dengan data yang datang dari media sahaja. Ba...