Media: Mengapa kita beralih?

Sepanjang masa kita disogokkan dengan berita. Kita sukakan berita kerana ia bersifat semasa dan membuatkan kita makhluk berpengetahuan dan tahu apa yang sedang berlaku. Dan berita akan membantu untuk menilai tentang sesuatu, terutama politik, pandangan awam, kerajaan, peristiwa, manusia sejagat dan sebagainya.
Untuk membolehkan penilaian dibuat, kita perlukan data. Sebagai contoh, untuk membolehkan awam menilai mengenai misteri kematian Teoh Beng Hock, kita akan bergantung dengan data-data semasa. Awal dulu, pelbagai prejudis terhadap kes ini berkembang biak kerana kita disogokkan dengan data-data tidak lengkap. Penilaian kita juga akan berubah dengan peningkatan data yang diterima. Kerana itu inkues ditubuhkan supaya data-data bersifat lebih empirik ditemui dan dengan itu penilaian akan lebih objektif (tapi sama juga, walau ada inkues dan laporan dari siasatan kita juga jadi semakin keliru dan celaru).
Tapi kita orang awam. Kita dibekalkan dengan data yang datang dari media sahaja.
Bagaimana sebenarnya kita menilai?
Pertama otak kita akan menerima data. Selepas menerima data, otak kita akan memproses dengan mekanisme-mekanisme tertentu. Mekanisme penilaian individu bergantung sepenuhnya kepada sistem nilai, minat (interest) dan pengalaman-pengalaman lepas. Proses ini akan menukarkan data kepada maklumat. Berdasarkan maklumat inilah kita membuat keputusan dan membuat penilaian tentang sesuatu. Secara ringkas: data – proses – maklumat – menilai.
Masalahnya…masalahnya apa?
Masalahnya sekarang, media mahu lakukan proses itu bagi pihak awam. Mereka yang membekalkan data, mereka yang memproses dengan sistem nilai yang mereka pegang dan menukarkan dalam bentuk maklumat supaya umum boleh telan terus mentah-mentah. Kunyah pun tidak perlu.
Apa yang media lakukan sebenarnya?
  • Pertama, mereka menyediakan berita dan maklumat terkini (first hand) kepada semua.
    Membuat penilaian sendiri tentang berita itu dan bekalkan pada masyarakat umum (seperti hukuman rotan ke atas Kartika tidak boleh dijalankan kerana tidak ada tukang sebat syariah dan tidak tahu cara sebat syariah bagaimana – jadi apa yang perlu kita nilaikan? Hukum syariah tidak sah kerana kita belum ada prasarana untuk melaksanakan hukuman jinayat? Aduh, confuse - confuse).
  • Wujudkan terma-terma tertentu, contoh terroris untuk digunapakai oleh masyarakat.
  • Menjual maklumat dan berita kepada agensi perisik.
  • Wujudkan peperangan psikologi, suburkan dalam masyarakat yang mana mereka memusuhi pemimpin negara tersebut (contoh terbaik ketika pilihanraya presiden Iran lalu dengan menggunakan twiter).

Siapa yang memegang media?

Jangan tidak tahu, diperingkat antarabangsa kita mempunyai barisan syarikat yang memegang ekuiti dalam media untuk menyebarkan propaganda yang berat sebelah. Kebanyakkannya dari masyarakat Yahudi. Sebanyak 90% berita disalurkan melalui AP dan UP dari US, Reuters dari Britain dan FP dari Perancis. Mereka mempunyai jaringan pejabat sebanyak 150 buah diseluruh dunia.

Memandangkan dengan perkembangan teknologi internet, mereka tidak berdiam diri sebaliknya menggunakan medium yang lebih murah ini untuk menyiarkan berita dan maklumat melalui Google, Yahoo, MSN, Facebook, Twiter, Linked-in, Ecademy, Tubetv dan banyak lagi.

Apa yang berlaku diperingkat antarabangsa saling tidak tumpah diperingkat lokal di Malaysia. Kita mempunyai akhbar arus perdana yang telah melakukan perkara yang sama, menerima berita dan maklumat, memprosesnya dalam sistem nilai yang dianuti (atau mengikut kepentingan pihak-pihak tertentu), dan menukarkan kepada maklumat untuk diterima oleh pembaca.

Malah kadang-kala media Malaysia melakukan perkara yang buruk dengan melaporkan apa yang tidak berlaku, atau memutarkan dan melaporkan dalam frasa ayat yang lain sehingga membolehkan masyarakat mempunyai salah tanggapan pada individu-individu tertentu.
Kerana itu kita beralih mencari alternatif. Kini akhbar alternatif di dalam blog dan internet menjadi pilihan selain dari media arus perdana. Media internet menjadi hit di mana-mana setiap hari (saya sendiri mengikuti berita terkini di Lagi Berita, Pahang Online, selain Berita Harian Online and Utusan Online).

Adakah media penting?

Bak kata Malcolm X sekepulangan dari menunaikan haji, apabila ditanya mengenai dasar penindasan orang kulit putih terhadap kulit hitam.

‘Sebelum perang dunia kedua, media Amerika menyiarkan berita-berita propaganda sehingga membuatkan rakyat Amerika menyukai orang Russia dan China dan membenci orang German dan Jepun. Dan selepas perang, media menukarkan fokus dan menyebabkan orang Amerika mula menyukai orang German dan Jepun sebaliknya membenci Russia dan China. Media seolah-olah mempunyai kuasa untuk menyuruh masyarakat Amerikat untuk menyukai siapa yang mereka sukai, dan membenci mereka yang mereka benci mengikut apa yang media suka.

Proses yang sama juga boleh berlaku untuk membetulkan salah tanggapan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam, dan orang kulit hitam kepada orang kulit putih, untuk membentuk satu kehidupan yang lebih harmoni’.

Ya,begitulah besarnya peranan media. Menguasai minda dan sistem nilai. Memomokkan yang dominan itulah kebenaran, kebenaran itu yang dominan dalam masyarakat. Kerana itu jugalah puak-puak yang mendominasi media adalah golongan Yahudi dan orang Amerika (nampak tidak perkaitannya). Yang dipelopori media masa kini ialah budaya hidup hedonisme, kecintaan terhadap hiburan berlebih-lebihan. Inilah yang dominan sekarang. Artis diangkat lebih mulia dari para sarjana dan cendiakawan.

Media telah menunggang balik dunia kita menjadi dunia yang sudah tidak mengenal hitam dan putih, apatah lagi yang kelabu.

Comments

zf_zamir said…
Boleh tak saya kata, media zaman dahulu (praklasik) adalah kitab2 karangan ulama?
ASaL said…
ermm, waktu zaman Nabi, medianya adalah tukang syair yang melaungkan syair untuk didengari orang.
bila Al Quran turun, semua terpegun mendengar ketinggian bahasa dan lenggoknya. Seperti diturun dari langit (memang pun)

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK