Membina Karakter
Membina karakter perlu bermula dari kecil?
Membaca artikel ini http://media.hoover.org/sites/default/files/documents/0817929622_43.pdf untuk memahami tentang pendidikan karakter. Character education juga boleh difahami dengan pelajaran moral, pelajaran nilai atau ada juga yang memahaminya sebagai sivik.
Secara ringkas, yang dimaksudkan sebagai karakter adalah 'an individual’s set of psychological characteristics
that affect that person’s ability and inclination to function morally.' Kita mahukan individu mempunyai moral dan kembali mempunyai 'common sense'.
Sebagai contoh mengamalkan kebersihan, seperti bila sudah menggunakan tandas adalah 'common sense' pengguna memastikan tandas bersih bukan membiarkan kotor. 'Common sense' ini semacam semakin hilang. Kita akan tertanya-tanya kenapa anak-anak di sekeliling kita kadang-kadang tidak faham benda yang mudah. Boleh sahaja kita telah ajarkan pelajaran asas membersihkan tandas, tetapi hanya berlaku bila kita ajar dan tunjukkan demonstrasi. Tetapi apabila pelajaran berakhir, mereka tidak pula mengamalkannya. Kecuali kalau ibubapa membuat pemerhatian setiap hari, menegur tiap hari atau mempunyai sistem ganjaran/hukuman.
Ada sesuatu yang pelik juga kalau difikirkan. Kenapa generasi dulu boleh amalkan, tetapi generasi sekarang tidak.
Ada rahsia.
Kata pakar, mana-mana yang berkait dengan nilai, etika bukan hal yang boleh diperolehi dari membaca teori. Nilai dan etika adalah dari pemerhatian. Kanak-kanak belajar dengan meletakkan orang disekeliling mereka sebagai guru. Sedar atau tidak, kanak-kanak menjadikan orang yang lebih tua/terdekat sebagai guru.
Jika mereka berada dekat dengan orang yang mementingkan kebersihan dan memupuknya kepada mereka, kebarangkalian untuk mereka menjadi pembersih itu tinggi. Tetapi jika hal ini 'absence' di rumah, kanak-kanak ini mungkin tidak dapat memahami kenapa perlu amalkan kebersihan.
Comments