Parenting MJ#3 : 'Busy Bag'



Husaini berumur 3 tahun, minat banyak benda, suka meneroka, mencuba benda baharu dan belajar dengan cara sendiri.

Ini Husaini dengan 'busy bag'. Beg Sibuk ini diisi dengan warna, pembaris abjad, pemadam, klip kertas dan juga 'flip book', buku flip. Busy Bag ini sesuai dibawa dan dibuka ketika di kedai makan (restoren) dan dimana-mana tempat yang sesuai.

Salah satu alternatif yang boleh dibuat selain dari membawa mainan yang disukai.

Mudah sangat buat 'Busy Bag' ini. Saya gunakan beg plastik yang mudah ditutup dan dibuka (seperti plastik yang kita dapat di klinik cuma saiznya besar sedikit). Boleh didapati di mana-mana pasaraya.

Kemudian isikan dengan permainan atau pun alat pembelajaran.

Untuk Husaini, Busy Bag ini dapat melekakan dia dalam beberapa minit. Cukuplah untuk buat dia bertenang sebelum makanan sampai.

Kertas putih bersaiz A4 adalah untuk Husaini menulis dan menconteng dengan warna-warna yang disukai. Saya juga melukis beberapa bentuk seperti bulatan, segitiga, segiempat, bintang, bulan, kereta, aiskrim, kucing kecil-kecil kemudian minta Husaini mencarinya sampai dapat.

Rupanya selain menulis, mewarna dan melukis, anak-anak juga suka aktiviti mencari dan animasi.

Flip book itu saya telah lukiskan dengan animasi orang lidi yang boleh terbang. Nampak khusyuk juga Husaini cuba untuk 'flip' sendiri. Boleh rujuk di YouTube untuk membuat flip book mudah.


#aktivitianakanak

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK