Di Bumi Qana yang basah darah

Hari-hariku dihadapan skrin
Dirai dengan warna merah, hilang roh dan nyawa
Hilang ayah, ibu, anak, isteri, suami
Dan semua pertalian

Raikan dengan air mata dan esak tangis
Tidak didengar siapa
Pasti Tuhan, namun nampak aku
Sungguh tidak berdaya

Sebentar tadi Tuhan mengingat
Dengan dentuman kuat dari langit
Seolah-olah hujan peluru dan bom
Dibumi Timur Tengah sana
Tapi masih aku di atas katil
Memohon 10, 20 minit waktu melelap mata
Melepas lelah bekerja

Oh Tuhan, dimana aku dapat mengerti
Lelah mereka yang berjuang, yang kehilangan, yang hilang
Demi sebuah kedaulatan
Kerana keyakinan, demi Tuhan

Betapa Engkau tahu aku
Ingin berada di sana
Suara kemanusiaan ini
Suara persaudaraan
Suara keimanan
Bahkan gembiralah mereka yang terpilih
Untuk menghidu wangian syurga
Menyusur jejak syahd
Yang tidak mati, selama-lamanya

Berapa lama lagi
Ia akan dirai, dihadapan skrin
Dengan menyaksi
Mereka yang dilapah
Darah yang dihalal
Atas congakan
Kapitalis dan pemodal laknat!

~asal sulaiman~
31 Julai 06
Di bumi Qana yang basah darah

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK