Marilah Mencari Makna!
Kawan seangkatan dan mereka yang ingin berfikir, ya! sudah sampai masanya kita mencari makna. Kita sudah berada di ambang yang mana hitam dan putih itu sudah makin tidak jelas kerana kononnya toleransi kita pada tuntutan zaman, maka alternatifnya kita melihat warna kelabu itu di mana-mana. Kita telah lalui zaman yang mencorak dan membentuk peribadi diri, sekurang-kurangnya masih kelihatan garis pemisah hak dan batil, walau tidak begitu jelas. Tapi perhatikanlah generasi muda, anak-anak dan penyambung legasi, mereka tidak seharusnya melalui hari-hari menjadi dewasa mereka dengan keadaan lebih buruk dari yang pernah kita lalui. Itu tidak adil bagi mereka dan bermakna kita telah melepaskan amanah dan tanggungjawab yang amat besar itu. Tidak rasa bersalahkah kita!
Kawan-kawan,
Inilah zamannya anak-anak kita merasa apabila mereka diancam bahaya seperti datangnya raksasa yang akan memusnahkan dunia, mereka yakin akan adanya Ultraman yang mempunyai lampu di dada akan segera datang dan membela mereka. Jika tidak, mungkin sekumpulan Power Rangers akan membentuk robot-robot menjadi robot sebesar raksasa guna untuk melenyapkan mereka dari peta bumi. Kalau pun tidak, mungkin Grandsazer, Voltron, Transformer dan pelbagai lagi watak hero yang akan muncul dalam dunia imaginasi. Kalau kita rasa ancaman ini tidak bahaya, sebenarnya tidak, ia sangat bahaya! Kerana mereka tidak diperjelaskan dengan keadaan sebenarnya dunia yang menekan di hari muka. Walau watak-watak raksasa dan hero itu ada benarnya dalam realiti namun mereka diajar secara salah dalam mentafsir. Kerana kerangkanya datang dari tangan-tangan yang mensyirikkan Allah, menyekutuNya dalam keadaan sedar dan bermaksud, maka mereka dibentuk secara halus dalam keadaan kita melihatnya dalam keadaan rela di hadapan mata kita sendiri, Ya! Dengan sangat rela. Berapa banyak alternatif yang telah kita lupakan. Tidak ingatkah kita pada Nabi Dawood, lupakan dengan perlawanan robot-robot tersebut dengan aura kuasa yang bukan-bukan, dengan hanya menggunakan lastik Baginda dapat mengalahkan jeneral musuh. Bagaimana sifat heroic Imam Ali menggantikan Rasulullah di perbaringan malam Hijrah dan bagaimana Imam merobek benteng Khaybar, Usamah yang menjadi jeneral Perang di Sariyah Usamah dan pulang dengan kemenangan, bagaimana pula kisah-kisah ghaib yang mencengangkan tapi tidak kita cerita dengan penuh yakin, beburung Ababil membawa batu-batu menghancurkan tentera bergajah, takhta Ratu Balqis yang di bawa ke istana Suleyman dengan kadar tidak sampai sekelip mata, jin-jin yang berkhidmat di kerajaan Baginda dan binatang-binatang yang boleh berbicara (barangkali Wild Tornberry terilham dari kisah Nabi Suleyman ini). Benar kita telah lupa. Jika kita rasakan terlalu hambar, ceritalah dengan memakaikan wira-wira sebenar dalam Quran ini dengan busana yang hebat-hebat, persenjataan yang canggih-canggih, agar dapat menyaingi wira yang dicipta kafir.
Kawan-kawan,
Kita takut satu hari nanti anak-anak kita membawa salib di dalam beg sekolah semata-mata mereka yakin alat tersebut boleh menakutkan anjing yang mengejar. Juga satu masa kita tidak dapat membeza wanita itu wanita, lelaki itu lelaki. Mungkin juga terjadi perkahwinan sesama jantina, bukan kerana kerelaan, tapi kerana penipuan. Maka yang menjadi mangsa akan berada dalam trauma berpanjangan. Benar, yang ditakuti sebenarnya telah berleluasa dan terbentang di hadapan mata, di mana-mana, direlakan oleh penjaga amanah agama dan akidah rakyat, pemimpin-pemimpin yang di atas kad pengenalan mereka beragama Islam dan tidak pernahkah kita terfikir, jika mereka tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab amanah atas alasan kelemahan di sudut mana sekalipun atau kedayusan, adakah kita akan menempuh jalan yang sama dengan mereka? Astaghfirullah, maka istighfarlah kita sebanyak-banyaknya.
Kawan-kawan,
Saya bukanlah punya authoriti di mana-mana, juga tidak punya kelulusan apa-apa, tapi soalnya kesedaran. Kesedaran yang sedikit, untuk sekurang-kurangnya membuat kita berfikir dan satu hari sebagai kekuatan untuk bergerak. Dan kita tidak mampu lagi untuk menunggu untuk orang lain melakukan sesuatu, kerana kita sebenarnya berperanan, patut berperanan. Berteriak saya di sini dengan kesedaran yang menakutkan jika satu hari berpaling, Nauzubillah, kepadaNyalah saya memohon perlindungan. Carilah makna diri. Makna kehidupan yang dianugerahkan walau kadangkala mungkin kita berfikir bukan kita yang minta. Tolong, betulkanlah pandangan-pandangan yang salah. Kerana tidaklah Tuhan menciptakan dan memberi kehidupan sesuatu dengan sia-sia. Hadir kita bukanlah satu kewujudan yang sia-sia. Kita tidak punya banyak waktu, sekiranya dihitung dengan masa-masa yang dilalui tanpa meninggal jejak, berapa banyak lagi waktu yang tinggal. Kita terlalu banyak berlengah dan berhutang. Dan dengan apa kita akan tunjukkan dihadapanNya, jika esok hari terakhir kita?
Kawan-kawan,
Inilah jalan permulaannya dakwah. Janganlah kita kalah dengan Syeikh Ahmad Yasin yang cacat segala, tidak berindera, tapi Allah memuliakannya dengan di hujani roket dari Apache Yahudi. Jangan kita kalah dengan Syeikh Ahmad Deedat, tanpa pendidikan formal tapi seorang sarjana bible yang hanya boleh menggerakkan mata dihujung hidupnya. Juga janganlah lokek dengan segala punya diri, kerana Syeikh Hasan Nasrullah mendermakan anaknya di jalan Allah, syahid dalam pertempuran. Tidak terlihatkah teman-temanku, bahawa Allah telah mengisyaratkan jalannya, jika hati kita bulat terus pada kepunyaan langit dan bumi, timur dan barat, yang boleh diindera mahupun tidak, Dia telah berjanji untuk memenangkan. Tidakkah anda semua gembira dengan kemenangan pemilik bendera hijau kuning di rantau Timur Tengah sana, dengan memalukan muka-muka Zionis bongkak, dengan kekalahan terhina di abad millennium. Seharusnya kita patut percaya, benar-benar sekarang, kita pasti menang. Telah menang. Hezbollah itu dari segi ketenteraannya hanyalah sekecil anak, tapi imannya, MasyaAllah, diiktiraf kerajaan meninggi ke langit. Ya, mereka telah menjadi sangat besar dengan Iman. Marilah kawan-kawan kita gembira dengan kemenangan ini. Inilah bukti yang nyata, tidak perlu berdalih lagi.
Kawan-kawan,
Secara sedarnya, kita yang kerdil ini barangkali seolah tidak berupaya membuat apa. Memang benar, tapi kerana itulah kita perlu memperkasa iman hingga mendasar ke pembuluh darah dan jiwa, setelah itu Allah pasti menunjukkan jalannya. InsyaAllah, yakinlah. Dengan menyedari melengkapkan dan menjaga kekuatan fizikal agar kita tidak mudah sakit-sakit, menjaga akal kita dengan memberinya makanan ilmu dan latihan penaakulan yang benar, di jalan akidah yang benar, roh yang sentiasa lapar dan disuburkan dengan zikir dan bacaan dari Quran, latihlah diri mencintai jalan seni, kerana baik fizikal, ilmu, roh, ia tidak akan dapat hidup bernyawa dengan nafas yang segar tanpa cinta. Dan cinta itu tentunya, benar, dari Dia.
Kawan-kawan,
Kalau kita mampu, memang revolusi itu perlu. Tapi melihat dengan persenjataan yang ada di tangan kita, ya, kita tidak seperti Hezbollah, tiada siapa menyusun kita lagi. Belum lagi. Tapi teman, ingatlah Pangiran kita itu bermula seorang di gua hira’, kemudian disampaikan pada keluarga terdekat. Bertahun-tahun Pangiran kita itu tetap seorang, maka jalannyalah kita tempoh. Jangan dikira besar kecilnya sumbangan kita, tapi menyumbang aja! Ayuh. Walau dengan mendodoi anak dan anak-anak saudara dengan dodoian memuji Allah, bercerita pada mereka dengan cerita parajurit yang menempuh jalan membela agama, dengan mengajar mereka nasyid-nasyid yang baik untuk hiburan, berbincang sekali-sekala dalam keadaan santai mahupun serius dengan keluarga, kawan-kawan dan sesiapa sahaja, menulis, hiburan alternatif, dengan bersedekah, apa sahaja yang termampu. Apa sahaja yang termampu.
Kawan-kawan,
Raksasa itu adalah gerakan materialisme dan juga sekarang pendokong atheisme, belum lagi dimasuk dengan gerakan pluralisme. Dan segala-galanya kecuali Tauhid pada Allah yang Esa, menyembahNya dengan syariat yang telah ditentukan, berada dalam satu barisan dan kekuatan yang tidak pernah terbayangkan. Kita perlu membentengi diri sendiri seterusnya mereka yang kita sayang jika tidak dapat pada masyarakat. Wiranya pasti datang. Ianya telah dijanjikan. Itu bukan harapan dan janji palsu. Ia benar, yakinlah. Berdoa agar kita dapat menjadi pembantu, walau sekadar pembawa bendera. Betul kawan, kita tidak wajar berlengah lagi, mana yang dapat usahakanlah untuk berperanan. Setiap, pasti diganjari walau hanya sebesar zarah atau lebih kecil dari itu. Kerana Innalillah wa inna ilahi rajiun, dariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Marilah memulakan kembara mencari makna ini, bersama-sama. Mudah-mudahan ada jejak yang kita tinggalkan. Insyaallah.
Kawan-kawan, ayuhlah! Saya menunggu kalian di hujung jalan sana.

Comments