Derita Pemilik Al Kautsar
Surah 108 Ayat 1 to 3 (Al Kautsar)
[Yusufali 108:1] To thee have We granted the Fount (Al Kautsar) (of Abundance)
[Yusufali 108:2] Therefore to thy Lord turn in Prayer and Sacrifice
[Yusufali 108:3] For he who hateth thee, he will be cut off (Al Abtar) (from Future Hope)
Saya pernah mandi di telaga waktu kecil dulu, di Johor. Masih ingat bagaimana payahnya mengangkat sebaldi air yang disangkut kepada tali untuk membolehkan kami mandi. Airnya? Sungguh, sangat sejuk, apatah lagi bila mandi di pagi hari. Selain dari itu, saya tidak punyai memori lain tentang telaga (perigi), kecuali perigi di Machang dan Kuala Pilah yang dilengkapi generator untuk mengepam air untuk kegunaan sehari-hari.
Bukan itu yang mahu diceritakan, ini adalah cerita Sang Khalifah Sang Nabi, pemilik Al Kautsar. Janganlah sampai kita tidak berjaya mendapat syafaat dan dihadiahkan untuk mencicip hanya setitis air dari telaga Kautsar. Dalam Quran, Huda Al Muttaqin, menceritakan bahawa pada Sang Nabi yang solat ummat tidak akan diterima tanpa selawat ke atasnya, Al Kautsar adalah milik eksklusif Al Mustofa. Hanya pengikut Nabi yang benar tulus dibenarkan untuk merasai airnya. Dan cuma akan di beri oleh Sang As saqi al kawthar.
(Saya membayangkan menjadi pengembara dalam tandus tanah yang gersang, memandang mereka yang diberi syafaat tersenyum bersama Nabi meneguk manisnya Al Kautsar, tapi saya di mana?)
Al Mustafo dicerca oleh Amr bin As dan Hakam bin As sebagai Abtar (tail-less/terputus keturunan) sewaktu kewafatan putera baginda Ibrahim. Lantas Allah memberikan baginda khabar gembira, mereka yang membencinyalah golongan Abtar. Sehingga kini, keturunan Nabi bertebaran kepelusuk dunia, kerana jaminan Tuhan.
Allah memberikan nasab Nabi dari jalur Fatimah As Syahidah, melalui cucuanda baginda Hasan dan Husin. Survival keturunan Nabi juga dilihat sebagai mukjizat, ketika peristiwa Karbala, apabila semua keluarga Husin dihabisi di hari Asyura, Ali bin Husin As Sajad (satu-satunya zuriat Husin (lelaki)) telah terselamat dari kerakusan Ibn Ziyad dan Yazid bin Muawiyah. Dari As Sajad, kemudiannya, Muhammad Al Baqir dan Jaafar As Sadiq, guru kepada mazhab Feqah Imam Hanafi.
Dan benarlah kalam Tuhan, mereka yang membencimulah sebenar-benar Abtar.
Comments