Berjuanglah! Hanya itu yang akan dinilai di sisi Rafiq'ul A'la. Benar, berjuang menuntut lelah, menagih keringat, meminta darah juga membiar air mengalir di pipi. Ya, mereka tidak benar mengerti. Perjuangan tidak memilih gender. Tidak memilah-milah atas kedudukan atau status duniawi. Yang tertulis nanti diakhirnya, dalam kitab yang akan diguna untuk mempertahan diri; adalah persoalan tanggungjawab yang dilunaskan atau tidak, tentang amanah yang dijunjung, tentang erti kesungguhan dalam melaksana. Itu sahaja. Mengapa mesti manusia membenci mereka yang bersungguh. Disinar mata mereka cuma satu, keredhaan. Yang mereka tahu kebenaran perlu ditegakkan. Kerana yang diperjuangkan bukan survival semasa, tetapi generasi mendatang yang bergantung penuh pada usaha hari ini. Kerana itu masa bukanlah ukuran, wang juga bukan, tenaga, fikiran, malah segala cerca dunia pun tegar diterjah. Segalanya juga tidak menjadi kudis. Tapi manusia tetap membenci pejuang. Disini letak kemanisan. Madu d...