Dia membimbing
Jika orang bertanya
Berapa 'fee' kamu
Katakan pada mereka
'Fee' saya hanyalah
Fisabilillah

Namun saya masih
Menuntut dunia menganjari
Segala budi diiktiraf
Melepasi lapis bumi

Lewat petang
Segala keringat terbalaskan
Kerana dia
Menghadiahi dengan
'senyum' itu

dan saya akan
menjadikannya azimat
untuk berjuang
hingga 40 tahun
mendatang!


Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK