Dunia angka, dunia aksara, dunia retorika


Hamba datang bukan dari dunia jauh, hamba bersaudara dengan tuan hamba jua. Dunia hamba dunia angka. Dan angka bentuknya selalu bersegi-segi, tidak bulat, jarang mempunyai lengkuk berseni, tapi punyai makna khusus, jika empunya diri seperti hamba dan sahabat-sahabat hamba yang lain mahu memahami jalur makna itu. Malangnya hamba tidak diajari dari ilmu angka berpaksi rahsia transendental. Hamba tidak diajari bahawa satu yang tiada duanya ialah Allah, dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang, tiga yang tiada empatnya adalah khilaf Nabi Musa ketika menuntut hikmah dari Nabi Khidir, empat yang tiada limanya adalah ilmu wahyu Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran, lima yang tiada enamnya fardhu sembahyang mengadap Haram, enam tiada tujuhnya ketetapan enam masa penciptaan, tujuh yang tiada delapannya langit yang menongkat tujuh lapis dan seterusnya.

Hamba diajari bahawa angka adalah serakah manusiawi zaman berzaman. Hamba diajari ilmu agar kemudiannya hamba dapat memanipulasi untuk meminimakan kos dan menambahkan keuntungan, meski harganya adalah nyawa hamba dan tuan-tuan hamba sendiri. Hamba diperkenalkan bahawa duit kopi itu mesti disediakan guna untuk diserahkan pada penguasa yang menghulur tangan bawah meja. Untuk mendapat tender dan kontrak berjuta. Bahawa jalan yang salah itu benar asal mendapat hasil untuk dilambakkan dalam kantung nafsu yang berjuntai-juntai. Bahawa penindasan kepada pekerja juga benar asal mendapat hasil berlipat. Meski pekerja terporok dalam jurang kelaparan, kehausan, keletihan melampau. Juga mainan sogokan ayam manusia jika diperlukan. Apa sahaja. Itulah dunia hamba.

Sejak sedar, hamba mengimpikan untuk duduk dalam dunia tuan hamba. Kata sahabat, dunia tuan hamba dunia alphabet. Dunia aksara. Aksara punya penampilan berbeza. Ada bersegi, ada berseni, ada yang boleh dilenggokkan, ada yang boleh diolah, segala. Kata sahabat lagi, itulah dunia keindahan. Manusia berbicara dengan perkataan yang muluk-muluk. Mereka sentiasa berdialog untuk satu dunia ideal, untuk satu ketika bahawa semuanya rasa diadili. Rasa tenang, rasa seronok dan ceria. Rasa gembira, rasa dilindungi, rasa disayangi, dikasihi, dicintai. Senjata tuan hamba adalah susunan bahasa yang indah, indah didengar, indah diritma dan dilagukan, indah diterima deria meresap terus dalam kalbu dan jiwa. Kata sahabat, jika kena gayanya akan terbang jauh keangkasa raya. Seperti dalam syurga.

Tapi tuan, semalam dalam mimpi hamba dijemput di dunia tuan hamba. Hamba cuba mencari apa yang sahabat gambarkan sebagai indah dan seperti di syurga. Ya, dari segi luarannya memang indah dan mengasyikkan, tapi tuan, mengapa, seperti dunia hamba, hamba tidak rasa kejiwaan ini diisi. Mengapa penghayatannya tidak nyata, idealnya tidak diaura agar dapat digapai yakin, lalu boleh membuat hamba percaya, bahawa yang indah itu nyata. Yang indah itu hakikat yang boleh dipeluk, sehingga mencapai nilaian kerana apa kita diciptakan. Mengapa korupsi yang berlanjut-lanjut itu ada juga di dunia tuan hamba, sedang tuan-tuan hamba bercerita mengenai moral dan insaniah. Tuan-tuan bercerita mengenai ideal manusiawi dan kemasyarakatan, ideal segala. Dan rasa hamba yang kecewa ini berlanjutan, kerana tuan-tuan hamba memikikkan segala pada khalayak dan taulan kerana itu hamba menyerah diri untuk merasai diaspora itu.

Kita bersaudara, baik dunia hamba dan dunia tuan hamba, dunia kita berdua tidak berdosa. Kalau begitu tuan, siapakah yang berdosa?

Antara dunia angka, dunia aksara, yang nyata kedua-duanya adalah dunia retorika!

Comments

Anonymous said…
We Buy Homes With No Equity,We Get Any Houses,We get Over Payments.For finish information and house selections
make sure you
http://www.sold2.us and get give
or phone us 410-978-7981,please refer to close friends who will need support.Thank you and Great Luck!

Focus Landlords and Rehabbers:
If you are a serious investor acquiring at minimum a single house per quarter for rental or rehab,
then you are in the suitable place proper now.
http://www.renewreality.com.

Owner Financing Might Be The Hidden Resolution Master How To Individual A Home Without having Dealing With A Bank!
Find The Surprising Real truth About Renting & Why It Might Be Setting You Back again Financially… Achieve
Insider Techniques on How Owner Financing Truly Operates.
http://wefinanced.com

Need Clean Commence? We can aid.Painting organization can paint your residence inside desired time body,
in colours of your selection with greatest discount rates for paints,with appropriate by consumer good quality.
Fair rates,references,license,bond,insuranse.For photographs of your works please stop by
http://renewhouse4u.com.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang