Monday, February 26, 2007

At last - Martin Scorsese

'The Departed' wins best picture

LOS ANGELES - The mob saga "The Departed" won the best-picture Academy Award on Sunday, a triumph for a homegrown American film in an evening that featured the most internationally diverse field of nominees in the history of Hollywood's highest honors.
Martin Scorsese finally won the best-director Academy Award that had eluded him throughout his illustrious career, taking the prize for his mob epic "The Departed" after five previous losses.


Saturday, February 24, 2007

Fragmen Cerpen: (belum bertajuk - any idea?)

Kawanku nakal. Dia memang nakal selalu. Disebalik kenakalan, dia sangat suka kucing. Kucingnya yang seekor itu yang disayangi, sering dibawa tidur, digelar Mama Yen. Aku katakan satu hari aku akan menjual Mama Yen dengan harga RM3000 guna untuk membuat bayaran pendahuluan kereta Sorento. Kemudian matanya akan dijegilkan besar-besar tanda protes. Penat bermain, kawanku akan meletakkan Mama Yen diriba Datuk. Kemudian dari jauh Datuk akan mengusap-usap Mama Yen dengan kasih. Tak lama kemudian Datuk akan menolak Mama Yen keras dan kemudian berkata,
“Ei hai, poeilah kucing bodo”. Aku akan ketawa besar bila kawanku mengulangi cerita Datuk dan Mama Yen.
(nota kaki: gambar bukan Mama Yen, cam boring jer kucing tu ek, sebab ada bear kat atas kepala dia, hehehe)

SIRI: AS-SYURA YANG TIDAK DIKENAL 3



Saya memulakan Siri 3 dengan membuat perbandingan antara Husin dan Yazid. Pada mulanya saya meletakkan kolum Husin dan Yazid sebelah menyebelah untuk tujuan permudahkan rujukan. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk meletakkan Table berasingan kerana tidak selayaknya Yazid berkongsi level yang sama dengan Husin. Meski untuk berbincang secara ilmiah.
Ada orang kata tidak baik membicara hal yang lalu-lalu, sementelah membuka perilaku buruk dan aib. Sedangkan kita sesama muslim. Saya akur, saya juga banyak melakukan khilaf, sebagai individu saya sendiri mahu aib ditutup Tuhan rapat, kedap dan tidak berbau. Tapi bagaimana satu hari adik atau anak-anak anda bertanya, antara Husin dan Yazid yang manakah yang benar? Sedang dalam soal agama kita patut dapat membeza hitam dan putih. Sedang agama yang benar itu sendiri sebagai Al Furqan, pemisah antara hak dan batil. Batil tidak boleh bercampur dengan hak. Yang hak akan terus hak, meski majoroti tidak menyukai. Meski hanya seorang sahaja yang membawa bendera kebenaran yang hak itu, dan seluruh dunia menentangnya keras. Dia tetap sahaja seorang yang benar di mata Tuhan. Nabi-nabi telah melaluinya. Nabi Nuh berkesudahan dengan pengikut yang sangat sedikit di dalam bahtera. Nabi Isa bersama hawariyyun juga tidak semuanya jujur. Nabi Saleh, Nabi Lut. Semua sudah dibicarakan dalam sejarah dari Al Quran Al Karim.
Kata orang Yazid juga Islam. Husin juga Islam. ‘Perbezaan pendapat’ ummat Muhammad adalah rahmat. Jadi keterbalikkan dari perbezaan pendapat adalah satu bala? Marilah kita periksa diri. Kita Islam, sungguh? Benar, sejak dari kelahiran. Cuba periksa diri, selama tempoh keIslaman ini, pernahkah kita berpaling? Kalau ada yang menjawab tidak pernah, Alhamdulillah. Sebagaimana pasang surutnya air lautan, saya percaya iman kita juga demikian. Tapi mungkin rahmat Tuhan yang melimpah ruah itu membawa kita masih lagi dalam jalanNya, sedang sudah ramai anak-anak generasi muda yang sangat dekat dengan kita telah terbawa arus jauh, sangat jauh hingga tidak terjangkau untuk kita melakarkan pada mereka bagaimana benar-benar rasa manisnya iman itu. Begitu jugalah mereka, ummat zaman berzaman. Juga ummat di zaman Rasulullah sendiri. Mereka juga seperti kita. Ada yang tulus, ada yang bermuka, ada yang menggunakan agama hanya sebagai batu loncatan untuk apa yang ada dalam fikiran mereka yang korup. Ya! Sungguh, mereka juga seperti kita. Kerana itu Al Quran petunjuk zaman berzaman yang tidak akan pernah surut nilai kotemporarinya, walau untuk billion tahun lagi.
Saya masih belum mahu berbicara lagi mengenai hal Asyura, di padang Karbala. Cukup permulaan dengan dua Table mengenai peribadi Husin dan Yazid seringkas mungkin. Mudah-mudahan kita sudah punya piawai untuk memilih antara hak dan batil. Mudah-mudahan.

Sunday, February 18, 2007

Derita Pemilik Al Kautsar

Surah 108 Ayat 1 to 3 (Al Kautsar)
[Yusufali 108:1] To thee have We granted the Fount (Al Kautsar) (of Abundance)
[Yusufali 108:2] Therefore to thy Lord turn in Prayer and Sacrifice
[Yusufali 108:3] For he who hateth thee, he will be cut off (Al Abtar) (from Future Hope)

Saya pernah mandi di telaga waktu kecil dulu, di Johor. Masih ingat bagaimana payahnya mengangkat sebaldi air yang disangkut kepada tali untuk membolehkan kami mandi. Airnya? Sungguh, sangat sejuk, apatah lagi bila mandi di pagi hari. Selain dari itu, saya tidak punyai memori lain tentang telaga (perigi), kecuali perigi di Machang dan Kuala Pilah yang dilengkapi generator untuk mengepam air untuk kegunaan sehari-hari.
Bukan itu yang mahu diceritakan, ini adalah cerita Sang Khalifah Sang Nabi, pemilik Al Kautsar. Janganlah sampai kita tidak berjaya mendapat syafaat dan dihadiahkan untuk mencicip hanya setitis air dari telaga Kautsar. Dalam Quran, Huda Al Muttaqin, menceritakan bahawa pada Sang Nabi yang solat ummat tidak akan diterima tanpa selawat ke atasnya, Al Kautsar adalah milik eksklusif Al Mustofa. Hanya pengikut Nabi yang benar tulus dibenarkan untuk merasai airnya. Dan cuma akan di beri oleh Sang As saqi al kawthar.
(Saya membayangkan menjadi pengembara dalam tandus tanah yang gersang, memandang mereka yang diberi syafaat tersenyum bersama Nabi meneguk manisnya Al Kautsar, tapi saya di mana?)
Al Mustafo dicerca oleh Amr bin As dan Hakam bin As sebagai Abtar (tail-less/terputus keturunan) sewaktu kewafatan putera baginda Ibrahim. Lantas Allah memberikan baginda khabar gembira, mereka yang membencinyalah golongan Abtar. Sehingga kini, keturunan Nabi bertebaran kepelusuk dunia, kerana jaminan Tuhan.
Allah memberikan nasab Nabi dari jalur Fatimah As Syahidah, melalui cucuanda baginda Hasan dan Husin. Survival keturunan Nabi juga dilihat sebagai mukjizat, ketika peristiwa Karbala, apabila semua keluarga Husin dihabisi di hari Asyura, Ali bin Husin As Sajad (satu-satunya zuriat Husin (lelaki)) telah terselamat dari kerakusan Ibn Ziyad dan Yazid bin Muawiyah. Dari As Sajad, kemudiannya, Muhammad Al Baqir dan Jaafar As Sadiq, guru kepada mazhab Feqah Imam Hanafi.
Dan benarlah kalam Tuhan, mereka yang membencimulah sebenar-benar Abtar.


Thursday, February 15, 2007

Nostalgia - buatku tersenyum


Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, SilverHawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget NinjaTurtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawanwarna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua katseblah...ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yangberlubang, kene laa tampal.ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb... cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukultapak tangan... kan ?semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...adayang suka stoking tebal laaa...internet? email? Menda alah ape tu?CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je. kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, DingDang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warnawarni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'.

bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apekkat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluarawal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2duduk...kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are theWorld, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. AIDS wujud sejak diorg lahir.CD pun wujud time diorg lahir.Michael Jackson dah putih dah time tu. Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak retinak switch on TV kalau xde remote control.dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpahandphone...hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone5.. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utkforwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...heheh
p/s: saya mendapat artikel ini dari peti mailbox, bukan saya yang menulisnya, dan tidak dapat pula maklumat penulis asal, tapi masih tetap buat saya tersenyum

Monday, February 12, 2007

Silver Sword

Saya mengidentitikan dia dengan semerbak bau kopi. Bukan kopi yang biasa, tapi kopi capuccino ais yang dikisar halus. Atau bun Rotiboy yang mempunyai citarasa unik dari bakeri. Dia tidak tahu, tapi bayangannya selalu hadir bergilir, aroma kopi dan kelibat wajahnya, tidak mungkin pernah boleh luput.

Mengapa kopi? Kopi punya elemen eksotik yang sukar diterjemah. Seperti kulit wajahnya. Dia bukanlah manusia berkulit cerah sebenarnya. Seperti kopi tanpa gula akan pahit, begitu juga dia, tanpa senyum saya merasai langkah sepinya, dekat dan intim.

Baru sepurnama lalu, dia sudah luput di satu sudut hati yang seni. Tapi kali ini, bersama lawatan Kelab Astronomi untuk memahami wujud aturan kosmos dan konsep fizik, dia telah hadir di mana-mana. Setiap masa. Tuhan, bagaimana mungkin boleh saya loloskan diri.

Saya memandang kubah layar separa parabolik yang luas terbentang di hamparan siling bangunan. Dalam menghargai wujud kehidupan yang diceritakan dalam filem, dengan kedudukan hampir berbaring dalam panggung yang asing, rakan baikku disebelah kiri telah tenggelam dalam alam mimpi. Tapi dia, secara tiba-tiba telah hadir disisi kananku dekat. Dan hadir di dalam hati, menjadikan organ dalamanku itu sakit tiba-tiba. Benar sakitnya materi, betul-betul boleh diindera. Hingga menjadikan sisi pipi kananku panas dengan aliran air dari wadah yang tidak mahu lagi diempang.

Saya mahu katakan pada dia, berilah senyum dari dia yang ikhlas, sekali, hanya untukku. Demi senyum itu, jika dia satu-satunya pohon bunga Silver Sword yang wujud di atas kepulauan Hawaii, saya sudi menjadi lebah yang ditakdir hadir untuk menemani saban hari. Setiap masa. Tiap ketika. Walau hadir lebah hanya untuk melestari kemandirian pohon, tidak mengapa. Biar lebah terbang, hinggap, terbang, dan hinggap lagi. Dalam tandus tanpa penduduk, tanpa kehidupan yang lain, yang berbicara hanya sepi, saya sanggup menjadi sang lebah itu. Biar Silver Sword berkembang aneh. Meski aneh dan asing, Silver Sword tetap menisfestasi keindahan dan Akbar Tuhan yang tidak terbanding. Menjadi jambatan untuk mengEsa Yang Agung. Mengakui Rab yang mentadbir harmoni. Wujud bersebab dan bertujuan. Dengan hidup, Silver Sword memberi harapan, membuka hikmah, melebar kasih, walau terasing. Yang pasti, Silver Sword tetap akan menjadi pohon paling sunyi, sepi dan ungu. Sesunyi, sesepi dan seungu hati dia yang aneh. Dan saya, tanpa jemu akan menjadi sang pemberi khidmat, meski semut-semut yang melata di tanah, hanya menunggu masa untuk sang lebah menjadi korban. Korban syahid percintaan. Betul, sungguh! Saya telah jatuh kasih padanya.

Monday, February 05, 2007

Biru Hati

sebiru hatiku
menjenguk ke langit selalu
walau langit tidak pernah tahu
sepekat mana warna biru hatiku

Friday, February 02, 2007

SIRI: ASYURA YANG TIDAK DIKENAL 2


Mengapa menongkah tradisi Hari Asyura? Disebalik bergembira, memilih perkabungan dan berganti ucapan takziah sebagai mengingati hari bersejarah. Tapi ini soal sejarah yang menyangkut Rasulullah, keluarganya, paling tepat, cucu Rasulullah sendiri. Bukankah ini soal yang besar?
Sejarah, tidak kira apa sahaja ceritanya akan menjadi penting. Tidak percaya? Sedang dalam Quran sendiri tersenarai sekian banyak cerita menyangkut sejarah, sebelum diutuskan Rasulullah sebagai Al Khatim Anbiya', cerita mengenai Nabi-Nabi terdahulu (Adam, Sulaiman, Ibrahim, Musa, Isa a.s), kerajaan-kerajaan zaman silam yang diberi rahmat dan diberi peringatan (Saba', Mesir Kuno, Iram, dsb). Makanya, sejarah tetap pelajaran terpenting dalam Quran sebagai panduan hidup manusiawi pada zaman sekarang juga zaman-zaman mendatang.

Masalahnya, tamadun Eropah lebih memahami tragedi Asyura ketimbang umat Islam sendiri. Apa kata mereka?
"A reminder of the blood-stained field of Karbala, where the grandson of the Apostle of God fell at length tortured by thirst and surrounded by the bodies of his murdered kinsmen, has been at anytime since then sufficient to evoke, even in the most lukewarm and heedless, the deepest emotions, the most frantic grief and an exaltation of spirit before which pain, danger and death shrink to unconsidered trifles."
- E.G. Browne (A Literary History of Persia)

"In a distant age and clime the tragic scene of the death of Husain will awaken the sympathy of the coldest reader." "In the history of Islam, especially the life of Imam Husain stand unique, unapproached and unapproachable by anyone. Without his martyrdom, Islam would have extinguished long ago. He was the saviour of Islam and it was due to his martyrdom that Islam took such a deep root, which it is neither possible nor even imaginable to destroy now."
- Edward Gibbon (Decline and Fall of the Roman Empire)

"The best lesson which we get from the tragedy of Karbala is that Husain and his followers were the rigid believers of God, they illustrated that numerical superiority does not count when it comes to truth and falsehood. The victory of Husain despite his minority marvels me."
- Thomas Carlyle (Hero and Hero-worship)
"If Husain fought to quench his worldly desires, (as alleged by certain Christian critics) then I do not understand why his sisters, wives and children accompanied him. It stands to reason therefore that he sacrificed purely for Islam."
- Charles Dickens

Mungkin sebahagian akan sinikal dan membantah untuk apa kita refleks kepada orientalis Barat untuk mencerita kisah sejarah dalam Islam. Bagaimana tidak, mereka juga diiktiraf Quran. Contoh paling ketara menyingkap teori kewujudan alam, teori pembentukan sistem Solar yang bermula dari Big Bang adalah dari masyarakat yang tidak mengEsakan Allah.

Ayatnya "Do those who are disbelievers not see that the heavens and the earth were sewn together and then We unstitched them and that We made from water every living thing? So will they not have faith? (Surah al-Anbiya': 30)"

Jika Quran mengiktiraf keupayaan 'disbelievers' menyingkap persoalan ilmu, mengapa tidak kita? (sudah tentu kita perlu menyiasat kebenarannya terdahulu)

Apa pula kata sarjana Islam mengenai Asyura? Seperti dalam 'post' pertama, dan banyak lagi yang boleh kita jelajah dari pelbagai sumber.
Jika Barat dan Timur mengenali peristiwa tragik ini, bagaimana pula letaknya diri kita?
Pentingkah? Oh, penting, sangat! Terutama menyangkut Nabi dan Qurba (keluarga). Tidak percaya? Kasih sayang kepada keluarga Nabi juga sebagai salah satu syariat di dalam Quran.
"Katakanlah (hai Muhammad), aku tidak meminta upah apa pun dari kalian (atas seruanku), selain kasih sayang di dalam keluarga" (QS: Asy-Syura:23).
Sudahkah kita menyayangi keluarga Rasul?
Tidak mengapa, bukankah tidak kenal maka tak cinta. Moga-moga dalam menyusuri As-Syura yang tidak dikenal, mungkin satu hari kita boleh jatuh cinta, pada Nabi dan juga keluarganya.