lubb

ada satu lubb
dibumbui nyala cinta
hidup dikayakan
merah juang
air mata korban
gempita suara
malu lupus
untuk hak.

cinta ini bertunjang
kekal
marak membakar
setia satu
diindera dari kayangan.

aku tegar
sanggup mati
demi.

pertualangku
kepala
di mata pedang
agam
dalam khali keabadian.

Comments

ieka said…
kak,
lubb tu apa? :D

-budak baru belajar..
ASaL said…
dik,
lubb itu kesedaran roh paling tinggi
untuk capai tingkat kesedaran tertinggi, perlu diiringkan dengan kesedaran aqal, meninggalkan waham, yakin mutlak, aqidah berpaksi tanpa tawar menawar.
lubb juga kata dasar dari ahlul albab (albab kata dasarnya lubb), jadinya kesedaran di lubb (tafsiran sendiri)-adalah rasa sedar mutlak. Bukan diada-adakan, bukan palsu, bukan retorik, :)

huhu

Popular posts from this blog

Mimpi

Yang dimain-mainkan: Ubat Gigi

Pernah dengar Pulut Himpit?