Fragmen Langit Permulaan

Atau kerana mereka menyanjung cita-cita dan idealisme merdeka yang sama? Bila mana Ab Johan terpana dengan diaspora masyarakat Cina, Choon Kee juga mencerna sebahagian budaya dan konsep Islam. Choon Kee percaya setiap individu baru merasa merdeka bila dia mampu memimpin diri aklinya mengetuai diri haiwani. Al-Nafs al-Natiqah memimpin Al-Nafs Al-Hawaniyyah. Jika gagal diperingkat ini, akan gagal diperingkat keluarga, jabatan mahupun Negara. Pintu yang terbuka luas untuk merealisasi idealisme ini adalah melalui ilmu pengetahuan. Dan menyamai apa yang diajari Kungfusianis, mengasaskan kesejahteraan masyarakat dan dunia pada kesejahteraan peribadi berlandaskan ilmu pengetahuan dan keikhlasan. Choon Kee tidak segan mengutip Syed Muhammad Naquib Attas, seseorang itu mencapai kemerdekaan (hurriyah) apabila dia bertindak memilih dan melaksanakan yang lebih baik (ikhtiyar).
cerpen ini memenangi hadiah Sayembara Mengarang Sempena 50 Tahun Merdeka anjuran DBP pada 29 Januari 2008.
Comments