Pemimpin
Dalam mana-mana organisasi meski diperingkat terendah sekalipun, pasti mempunyai susunan hierarki pertanggungjawaban. Entah perlu dipampang dengan jelas di papan kenyataan susunan ini atau tidak, setiap perlu (wajib) memainkan peran melaksana beban yang telah diamanahkan. Secara langsung menunjukkan siapa pemimpin dan siapa yang sedang dipimpin. Meski diperingkat rendah, politik mempunyai kesan secara langsung. Ramai mahu berada di atas, entah sebab apa sendiri kena jawab.
Ada dua kriteria pemimpin dalam pemerhatian yang singkat, tanpa merujuk silang pada mana-mana buku dan kajian. Politikus atau nasionalis. Antara keduanya saya memilih yang akhir. Entah satu hari nanti saya menjadi sangat idealis menjadi seorang nasionalis yang patriotik pada apa yang saya percaya dan perjuangkan, itu tidak tahu lagi.
Politikus
Mempunyai ciri menjadi orator yang baik. Kesimpulan ringkas, mereka adalah orang-orang dalam bidang pemasaran (marketing). Senjata mereka adalah kata-kata yang menyakinkan, termasuk kelebihan menggunakan bahasa tubuh dan ekspresi yang dramatik. Orang yang tidak berada dalam bidang keilmuan mereka amat mudah tertipu dan mengganggap kata-kata mereka seperti edik yang tidak dapat dibantah. Tapi bagi mereka yang berilmu akan tahu bahawa semua omelan mereka tidak berpaksi. Jika mereka menggunakan 10 bunga silat, bagi yang berilmu sekali kilas mereka-mereka ini akan rebah ke lantai. Kerana mereka tidak punya senjata yang lain melainkan memainkan sentimen hubungan rapat dengan golongan pemerintah, mereka akan mudah lupa untuk menguatkan hubungan di peringkat akar umbi. Kerana selalu berfikir mereka di posisi untuk memberi perintah bukan memimpin, akhirnya mereka akan gagal untuk memenangi hati khalayak umum. Musuh politikus adalah mereka yang cerdik pandai kerana golongan ini banyak cara untuk membongkar penyelewengan mereka dengan cara terhormat. Secara akademik. Secara ilmiah. Untuk menangani, ugutan adalah perisai terakhir mereka.
Nasionalis
Mereka adalah idealis. Jika tidak berada di puncak pimpinan, akan tetap juga bekerja dengan keras. Seolah-olah berada di atas bukanlah apa-apa meski dapat merubah segala. Bagi nasionalis, mereka punya teori bekerja sendiri. Membuat segala sesuatu 2,3 langkah ke hadapan meski belum sampai waktu yang diperlukan. Cuma 2 perkara yang dibuat di saat-saat akhir dan 1 selepas kejadian itu berlaku. 2 perkara dilakukan di saat-saat akhir ialah melihat anak bulan untuk penentuan berpuasa dan hari raya. 1 perkara yang dilakukan selepas ialah kenduri arwah selepas jenazah dikebumikan. Selain dari itu, semua perkara perlu dilakukan lebih awal (in advance). Nasionalis adalah musuh natural politikus. Sokongan kepada golongan idealis ini berdasarkan sesuatu yang mendasar dan bertunjang. Meski tidak dapat dijelaskan dengan perkataan dan sokongan yang dilahirkan secara zahiriah, nasionalis tetap mempunyai pengikut. Selalu mereka diuji, dan dunia akan melihat mereka adalah golongan malang yang massa tidak menyebelahi mereka. Tetapi usaha yang telah mereka curahkan tanpa rasa perlu dibalas dengan wang, pangkat, pengiktirafan akan segera membela mereka. Jika tidak diwaktu mereka diuji, ia akan dimenifestasi pada masa-masa akan datang. Meski jasad berkalang tanah.
Dulu saya merasakan pemimpin ini adalah isu yang non sense. Tidak akan punya kaitan secara langsung dengan dunia kecil saya. Tapi sebenarnya tidak. Kerana setelah waktu, sejarah, massa membuka cerita, semua kebejatan dan keharmonian bermula pada pilihan terhadap pemimpin. Pemimpinlah segala-galanya. Segala-galanya pada pimpinan. Masakan untuk pilihan penting ini tidak ditunjuk. Masa memilih akan tiba nanti, 8 Mac 2008. Sudahkah anda menentukan pilihan anda?
Comments