Langit 21 Ramadhan

Langit 21 Ramadhan yang lalu, redup memayungi. Seluruh buana melantun sayu, berkabung, menyanyi hanya satu lagu, kesedihan.
Langit 21 Ramadhan yang lalu, aku sedang alpa, meladeni tuntutan kemanusian. Bertamu dalam diaspora insani, berhimpun dalam keramaian.
Hari satu jasad yang terpenjara meraikan kemenangan dalam dunia yang tidak menyantuninya baik, sedang dia berbuat seluruhnya untuk kesejahteraan dunia.
Dan dia menjerit gembira, "Faztu wa rabal Ka'abah" (aku telah menang, Wahai Tuhan Ka'abah) dan kami kehilangan. Sesungguhnya berlian yang berkilau sehingga menerangi timur dan barat, telah malap cahaya kerana kehilangannya.
Tuhan.
Langit 21 Ramadhan yang lalu, kelam berkabung.
Aku, tenggelam dalam dunia sendiri.
...maafkanlah!

Comments

Anonymous said…
saya mengambil kesempatan ini memohon maaf atas segala salah silap, penulisan mahupun perbuatan. selamat hari raya : )
mahyudin said…
Selamat hari raya maaf zahir batin dari saya.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK