Posts

Showing posts from December, 2008

Masih berlangsung - Jualan Buku Dawama DBP

Image
Masih berlangsung. Khabarnya sehingga 11 Januari 2009. Cuma jangan datang 29 November dan I Januari sebab mereka juga bercuti. Tetapi selepas waktu-waktu itu datanglah! Benar, diskaun sehingga 70%. Meski buku-buku lama, tapi percayalah ia khazanah tidak ternilai. Saya kembali lagi semalam. Memborong kali kedua. Entah akan ada kali ke 3? Al maklum, dapat rebet tunai minyak dari kerajaan. Hahaha, pertama kali pergi pejabat pos, pejabat pos yang bagi duit kepada kita. Sangat hairan, tetapi lumayan. Jadi, niat pertama ke Dawama untuk membeli buku lagi. Alhamdulillah cuma RM116 ringgit saya dapat hampir 20 judul buku. Buku Abdul Moeis 'Salah Asuhan' salah satu antaranya. Dan koleksi cerpen Dr Anwar Ridhwan dan banyak lagi. Buku paling mahal adalah buku kulit tebal bertajuk 'Pelayaran'. Mahal-mahal pun baru RM20. Dan saya mengumpul koleksi ensiklopedia berkulit tebal dengan harga yang murah-murah. Jadi modal untuk membaca (bila itu?) Dan saya dikejutkan dengan berjumpa r...

Bumi Lang Lagi?

Ya di Langkawi hampir seminggu, tidak, bukan untuk bersuka ria. Tetapi sebagai seorang trainer. Ada banyak cerita, walau yang paling tidak mampu saya menanggung adalah demam flu yang terpaksa ditempuh sehingga akhir woksyop. Rupanya, menaiki pesawat terbang ketika cecair penuh di hidung adalah tindakan yang tidak bijak. Anda akan rasa seperti disedut vakum besar, sehingga menyebabkan telinga jadi pekak, cecair dalam hidung disedut ke atas, mata seperti mahu tersembul keluar. Begitulah. Tetapi, saya diberikan satu tag line dari seorang Haji yang seperti seorang ayah. "Jika kita berniat baik untuk menolong, maka Allah akan menolong kita dengan caranya yang tidak pernah disangka". Bercuti di Langkawi, di musim super peak seperti musim cuti sekolah hujung tahun adalah langkah paling tidak bijak. Anda perlu menempah tempat tidur beberapa minggu lebih awal. Oleh kerana saya diberikan masa untuk menjadi salah seorang trainer terlalu lewat, jadi tiada tempat untuk saya. Itu pun setel...

Masa untuk menanam azam

Image
Menanam azam baru menjadi ritual yang menarik setiap awal tahun. Dulu tidak pernah buat, tetapi mungkin ada sedikit perubahan sejak 1-2 tahun kebelakangan ini. Guess what? It's work! Tahun ini, peralihan Hijrah dan Masihi datang hampir serentak. Bertambah menarik. Tapi, tak tahu nak tanam azam apa? Boleh tolong bagi idea? :)

Hebahan

Salam pemburu buku! Jika anda peminat buku dan mencari buku terbitan DBP - Dawama, jualan gudangnya sedang berlangsung. Buku-buku terbitan lama memang murah. Tetapi sudah tentu buku lama, kualitinya lama la juga, tetapi apa dipandang pada luaran, dalam yang penting bukan. Saya membeli 17 judul kebanyakkannya novel pada harga RM 70 sahaja! Cuma satu buku sahaja yang saya beli RM10.00 ke atas, buku Epigrafi Islam Terawal di Nusantara sebab itu buku baru dan berkulit tebal. Dan saya sudah mendapatkan Tunas Cipta Disember 2008. Ada sahabat saya dalamnya. Buku-buku yang dibeli RM10.00 ke bawah: 1. Anak Titiwangsa 2. Cerpen-cerpen dari Negeri Thai 3. Di Hujung Perjalanan 4. Empanagan (buku ini ada satu sahaja masa saya pergi, saya rasa memang sudah ditentukan untuk saya, :) 5. Kalbu 6. Mevrouw Toga 7. Panrita 8. Puisi-puisi Rendra 9. Pura Bujangga 10. Sakura Mengorak Kelopak 11. Sudara 12. Sukma Angin 13. ... banyak lagi ya, kali ini saya mengumpul Arenawati. Mahu membeli lagi tapi bakul...

Aqiqah Askari

Image
Abang saya yang aneh-aneh, tetapi tetap guru saya antara yang paling saya hormati. Abang: Aqiqah Askari, seekor kambing. Saya: Seekor? Bukankah untuk baby lelaki 2 ekor kambing. Abang: 2 ekor itu sunnah. Seekor pun RM750. Saya: RM750? Kambing apa tu mahalnya, baik beli je kambing dari Pilah, RM400 dapat kot. Abang: Kambing baka baik tu. Tah-tah Boer, Jamapuri, kambing besar. Sunnah Nabi 2 ekor untuk baby lelaki, kalau mampu. Kalau tidak mampu, beli je apa yang mampu. Aku mampu beli seekor je, OKlah tu, itupun dah RM750. (Entah bagaimana Aqiqah Askari?) Setelah 7 jam, Abang balik. Abang: Huh, ada 14 ekor, seekor je untuk Aqiqah. Itupun, Aqiqah kambing Askari. Saya: Kambing ke? Abang: Biri-biri. Lambat sampai tadi. Pukul 1 baru kambing-kambing sampai. Sebab itu lambat proses untuk korban dan buat aqiqah tadi. Abang balik dari tempat Korban dan Aqiqah. Abang menyerahkan kamera. Menunjukkan gambar biri-biri Askari. Saya: Huh, patut pun RM750. Comel dan sihatnya. Abang: Itulah sunnahnya kal...

Jalan Ibrahim

Image
Bapa kita, Ibrahim, ditelusuri langkah perjuangannya hari-hari. Bukankah kita membaca tasyahud akhir dengan mengulang-ulang nama Ibrahim? Allahumma solli ala Muhammad wa a'la ali Muhammad Kama solaita ala Ibrahim wa ala ali Ibrahim. Wabarik a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad Kama barakta a'la Ibrahim wa ala ali Ibrahim Doa kita hari-hari, kesejahteraan dan keberkatanlah pada Muhammad dan keluarga Muhammad, kesejahteraan dan keberkatanlah pada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Esok Eid Adha. Mereka di Makkah sudahpun berwukuf. Ya, ini hari kemenangan, hari kebesaran, yang sunnah perbuatan kita ikuti dari Ibrahim dan keluarganya. Kita meneruskan legasi yang sama. Bertawaf, bersaei, berwukuf, melontar, berkorban. Kita perolehinya dari Ibrahim. Bukankah Ibrahim dianugerahi cahaya matanya lewat? Sudah tua, namun Ibrahim mengajari kita untuk jangan berputus harap. Bukankah Hajar diganjari Zam-zam, di lembah padang pasir paling tandus, set...